Jujukan Fibonacci, Beta-nacci, Gamma-nacci, Delta-nacci, Epsi-nacci dan Zeta-nacci

Lai, June Ming Yen (2007) Jujukan Fibonacci, Beta-nacci, Gamma-nacci, Delta-nacci, Epsi-nacci dan Zeta-nacci. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001186.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mendeduksikan beberapa sifat dan identiti bagi jujukan multi-nacci, seperti Beta-nacci, Gamma-nacci, Delta-nacci, Epsi-nacci dan Zeta-nacci berdasarkan sifat dan identiti-identiti bagi jujukan Fibonacci. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan jujukan kod binari daripada jujukan multi-nacci dan mengkaji corak jujukan kod binari tersebut. Berdasarkan konsep dan hubungan rekursi bagi jujukan Fibonacci, kajian ini mendeduksikan konsep yang sama bagi jujukan multi-nacci. Tiga sifat jujukan multi-nacci yang dibincangkan dalam kajian ini yakni sifat gandaan, sifat kalaan dan sifat penambahan berturutan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara sifat kalaan jujukan multi-nacci, manakala sifat gandaan dan sifat penambahan berturutan adalah sama antara jujukan multi-nacci. Terdapat tiga identiti jujukan multi-nacci telah dideduksikan dalam kajian ini berdasarkan konsep bagi identitiidentiti Fibonacci. Seterusnya, jujukan kod binari dihasilkan daripada jujukan multi-nacci berdasarkan gambarajah pokok. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara jujukan kod binari mengikut jenis jujukan multi-nacci. Corak-corak bagi jujukan kod binari dapat diperhatikan melalui perbandingan jujukan kod binari mengikut jenis jujukan dan mengikut peringkat. Hasil tambah jujukan kod binari tersebut mengikut generasi merupakan nombor multi-nacci manakala kod binari berperanan menghitung nombor multi-nacci dalam pengaturcaraan komputer berdasarkan hubungan rekursi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Beta-nacci, Gamma-nacci, Delta-nacci, Epsi-nacci, Zeta-nacci, characteristic, identity, Fibonacci sequence, pattern, binary code
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Jun 2013 10:26
Last Modified: 23 Oct 2017 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6445

Actions (login required)

View Item View Item