Kepelbagaian struktur sebatian sekunder berhalogen daripada alga merah, Laurencia Majuscula dari perairan Malaysia

Tang, Sui Sieng (2004) Kepelbagaian struktur sebatian sekunder berhalogen daripada alga merah, Laurencia Majuscula dari perairan Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001205.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Komposisi sebatian sekunder berhalogen yang terkandung dalam Laurencia majuscula dari perairan Malaysia, 1) Terumbu Layang-Iayang (7°18'N; 113°51'E), 2) Tanjung Kaitan (6°7.2'N; 116°5.3'E) dan 3) Pulau Bankawan (60°4.9'N, 117°59.3'E) telah dikaji. Elatol (1), iso-obtusol (2) telah dikenalpasti sebagai sebatian major dalam sampel dari Tanjung Kaitan, Pulau Bankawan dan Terumbu Layang-Iayang. Terumbu Layang-Iayang mengandungi satu sebatian tambahan iaitu rogiolol (3). Ketiga-tiga sebatian merupakan ahli dari kelas chamigrene. Struktur ketiga-tiga kompaun hampir sama kecuali perbezaan pada gelang B. Analisis struktur terhadap rogiolol (3) dengan pelbagai suhu telah mengesahkan bahawa rogiolol (3) wujud dalam keadaan konformasi isomer. Elatol (1) dan iso-obtusol (2) pula menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap Clostridium cellobioparum, Clostridium sordellii, Clostridium novyi, Proteus vulgaris, Vibrio anginolyticus dan Vibrio parahaemolyticus

Item Type: Academic Exercise
Keyword: secondary matabolite composition, Laurencia majuscula, antibacterial activity, chamigrene class
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jul 2013 11:29
Last Modified: 23 Oct 2017 14:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6521

Actions (login required)

View Item View Item