Geologi am dan geomorfologi Pantai Tanjung Bangau ke Tanjung Simpang Mengayau, Pantai Barat Kudat, Sabah

Nor Samihah Abdullah Zawawi (2006) Geologi am dan geomorfologi Pantai Tanjung Bangau ke Tanjung Simpang Mengayau, Pantai Barat Kudat, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000315.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian pantai barat Kudat yang meliputi kawasan seluas 72km² yang mana dibatasi oleh garis lintang 6° 55.95'U - 7°02.5'U dan garis bujur 116°41.85'T - 116°45.1'T. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji stratigrafi, geologi struktur dan juga morfologi pantai kawasan kajian. Ia juga merangkumi proses pembentukkan morfologi pantai yang mana melibatkan arah canggaan dan tektonik kawasan kajian. Kawasan ini telah dipetakan sebagai Formasi Kudat (Ahli Batu Pasir Tajau) di bahagian utara yang mana meliputi kawasan dari Tanjung Simpang Mengayau hingga Kampung Kimihang manakala di bahagian Tanjung Bangau pula iaitu di bahagian selatan kawasan kajian pula dipetakan sebagai Formasi Wariu dalam Zon Sesar Kudat. Formasi Kudat berusia Miosen Awal - Eosen Akhir, Formasi Wariu berusia Miosen Lewat - Oligosen Tengah manakala Zon Sesar Kudat berusia Miosen Tengah. Struktur kawasan kajian pula dikawal oleh aktiviti tektonik yang berlaku pada Miosen Tengah. Aktiviti tektonik yang berlaku ini menyebabkan terdapatnya Zon Sesar Kudat di mana sesarnya mempunyai arah canggaan Barat Laut - Tenggara. Ia juga menyebabkan terbentuknya Antiklin Kulambuh dalam Formasi Kudat. Kajian geomorfologi pantai pula menunjukkan bahawa kawasan kajian terdiri daripada tiga jenis pantai iaitu pantai berpasir, berbatu dan berterumbu karang. Pembentukkan morfologi pantai di kawasan kajian pula dikawal oleh tektonik, stratigrafi dan juga struktur batuan. Selain itu, arus juga memainkan peranan penting dalam pembentukkan morfologi pantai seperti beting pasir dan tombolo.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Coastal geomorphology, Structural geology, Stratigraphy, Wariu Formation, Kudat Formation, Tanjung Bangau Beach to Tanjung Simpang Mengayau, Southeast Kudat, Sabah
Subjects: ?? QE351-399.5 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jan 2012 10:52
Last Modified: 12 Oct 2017 14:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/655

Actions (login required)

View Item View Item