Corak kepekatan fosfat di sungai Telipok

Hanisah Hashir (2010) Corak kepekatan fosfat di sungai Telipok. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000181.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Data kepekatan fosfat dan tren perubahan guna tanah di Sungai Telipok telah dikumpul dari tahun 2000 hingga 2009. Pengumpulan data ini adalah bertujuan melihat corak taburan kepekatan fosfat antara tahun 2000 hingga tahun 2009. Objektif kajian ini juga ialah mengenalpasti kesan pencemaran fosfat daripada perubahan guna tanah di kawasan tadahan Sungai Telipok ke atas kualiti air Sungai Telipok. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara perubahan guna tanah dengan kepekatan fosfat di Sungai Telipok. Kepekatan fosfat dalam air ditentukan dengan menggunakan peralatan Hach Kit DR 2000. Kaedah Piawai atau dikenali sebagai Kaedah Stannous klorida dan Kaedah Asid askorbik juga digunakan. Hasil kajian menunjukkan tren perubahan kepekatan fosfat mengikut tahun di kawasan tadahan sungai berubah secara tidak sekata. Perubahan guna tanah juga tidaklah memberi kesan yang besar kepada kualiti air Sungai Telipok. Oleh itu, tiada hubungan yang jelas antara perubahan guna tanah dengan kepekatan fosfat di Sungai Telipok.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: concentration of phosphate, land use change, method Stannous chloride, ascorbic acid method, river
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 15 Jul 2013 13:56
Last Modified: 11 Oct 2017 15:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6557

Actions (login required)

View Item View Item