Pengklonan dan penjujukan DNA retrovirus endogenus di dalam ikan marin Sabah

Raha Haniza Abd Rahman (2007) Pengklonan dan penjujukan DNA retrovirus endogenus di dalam ikan marin Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001306.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengklon dan menjujukkan gen transkriptase berbalik RT bagi retrovirus endogenus di dalam ikan marin Sabah menggunakan srategi pengklonan berasaskan tindakbalas rantai polimerase(PCR). Sejumlah tujuh ekor ikan marin Sabah yang berlainan spesis iaitu ikan Mong, ikan Gaguk, ikan Sulit Merah, ikan Sulit, ikan Banglus, ikan Merah dan ikan Buntal, telah digunakan dalam kajian ini. Enam daripadanya memberikan keputusan positif bagi pengektrakan DNA dengan menwijukkan saiz genomik DNA yang dikehendaki iaitu melebihi 23,000 pasangan bes. Purata kepekatan DNA yang diperolehi daripada kuantifikasi DNA menggunakan spektrofotometer adalah 72.14 ng/µl bagi 30mg tisu ikan. Enam sampel ikan yang positif ini telah dijalankan tindakbalas rantai polimerase (PCR) untuk mengamplifikasikan gen transkriptase berbalik dan protease. Sejumlah lima sampel ikan iaitu Mong, Sulit Merah, Sulit, Merah, dan Buntal telah memberikan keputusan positif dengan memberikan produk PCR pada saiz yang dikehendaki iaitu 600-900 pasangan bes. Ke1ima-lima sampel ini dipurifikasikan daripada gel agaros dan hanya dua sampel ikan iaitu Merah dan Buntal menunjukkan basil positif dimana wujudnya jalur tunggal pada saiz yang sarna dengan produk PCR bagi sampel tersebut, iaitu 800 pasangan bes bagi sampel ikan merah (A6), dan 700 pasangan bes bagi sampel ikan Buntal (A7). Kemudian, kedua-dua sampel positif ini melalui proses pengklonan yang melibatkan langkah ligasi produk PCR ke dalam vektor dan transformasi sel dan keputusan positif hanya ditunjukkan oleh sampel ikan Merah, dimana berlaku pertumbuhan koloni putih dan biru pada media agar. Dua koloni diambil dan dijalankan pengekstrakan plasmid dan pemotongan enzim pembatasan EcoRI terhadap plasmid. Seterusnya penjujukan DNA diljalankan bagi kedua-dua klon tersebut dan hasil dari penjujukan DNA tersebut menunjukkan saiz jujukan DNA bagi klon pertama iaitu RV -Merah-a adalah 801 pasangan bes, manakala saiz jujukan DNA bagi klon kedua iaitu RV-Merah-b adalah 795 pasangan bes. Analisis bagi kedua-dua jujukan tersebut menunjukkan bahawa ianya adalah bukan dari retrovirus endogenus. Oleh itu, objektif utama kajian ini iaitu untuk mengklonkan dan menjujukkan DNA retrovirus endogenus gagal dicapai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: clone, retrovirus endogenous, reverse transcriptase gene, protease, marine fish
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Sep 2013 10:37
Last Modified: 23 Oct 2017 16:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6856

Actions (login required)

View Item View Item