Kajian potensi Microdus miquelianus (Mont.) Bescher (MUSCI) sebagai penunjuk biologi

Dunstan Polus Masundang (2007) Kajian potensi Microdus miquelianus (Mont.) Bescher (MUSCI) sebagai penunjuk biologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001310.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengesan kehadiran zink, plumbum, dan kadmium di dalam Microdus miquelianus (Mont.) Bescher dan melihat perbandingan kadar serapan logam berat di antara Bandaraya Kota Kinabalu dengan Kota Kinabalu Wetland Centre. Kajian terhadap potensi lumut jati ini sebagai penunjuk biologi adalah yang pertama dijalankan. M. miquelianus dipilih kerana ia biasa ditemui di kawasan yang telah diganggu. Potensi M. miquelianus sebagai penunjuk biologi diuji dengan mendedahkannya kepada dua kawasan yang mempunyai tahap pencemaran yang berbeza dengan menggunakan kaedah transplantasi. Sampel kajian yang diambil daripada Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan (IBTP) didedahkan kepada pencemaran selama 28 hari kemudian di bawa ke makmal untuk analisis kimia. Kepekatan logam berat di dalam sampel kajian diuji dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Hasil kajian menunjukkan hanya logam berat zink sahaja yang hadir dalam kepekatan yang tinggi di semua sampel kajian. Logam berat plumbum hanya hadir dalam kepekatan yang sangat rendah di salah satu replikat di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Manakala logam berat kadmium tidak dapat dikesan di dalam semua sampel kajian yang diuji. Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai nilai min kepekatan zink yang lebih tinggi berbanding dengan Kota Kinabalu Wetland Centre iaitu masing 739.94 µ/g dan 196.11 µg/g. Manakala kadar serapan zink di IBTP adalah yang terendah iaitu 138.35 µg/g. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa M. miquelianus berpotensi dijadikan sebagai penunjuk biologi bagi kehadiran logam berat zink di udara tetapi tidak sesuai sebagai penunjuk kehadiran plumbum dan kadmium.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Microdus miquelianus (Mont.) Bescher, bioindicator, transplant method, level of pollution, plumbum, cadmium, zinc
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Sep 2013 10:39
Last Modified: 23 Oct 2017 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6860

Actions (login required)

View Item View Item