Kajian kladistik ke atas populasi Acrostichum L.(Pteridaceae) di kawasan Likas-Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah

Intan Zarina Zainal Abidin (2007) Kajian kladistik ke atas populasi Acrostichum L.(Pteridaceae) di kawasan Likas-Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001329.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Acrostichum aureum dan A. speciosum dianggap dua spesies yang sama oleh sesetengah pengkaji taksonomi iaitu menganggap A. speciosum sebagai satu varieti A. aureum. Moore (1857) telah menyatakan bahawa nama A. speciosum yang sebenar ialah A. aureum var. speciosum. Manakala Wildemow (1810) menyatakan A.speciosum adalah satu spesies yang berasingan daripada A. aureum. Dengan menggunakan perbezaan seeara morfologi, kedudukan takson-takson ini dapat ditentukan atau diterangkan dengan lebih jelas. Kajian ini dijalankan di empat kawasan yang berlainan di sekitar Likas-Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Sampel (n = 30) bagi setiap kawasan kajian diambil dan diukur satu-satu persatu menggunakan beberapa pembolehubah morfologi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji taburan spesies A. aureum dan A. speciosum di kawasan ini dari segi morfologi untuk membezakan kedua-dua spesies. Kajian ini juga dijalankan dengan bertujuan mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua spesies tersebut dan menentukan sejauh mana perbezaan atau persamaan di antara kedua spesies dengan menggunakan ciri-ciri yang terpilih. Dengan menggunakan kaedah Prinsipal Komponen Analysis (PCA) dan hierarki kluster bagi kedua-dua spesies dapat dipertonjolkan melalui gambar dengan lebih jelas. Kluster hierarki digunakan bagi tujuan yang sarna bagi mengukuhkan keputusan kajian. Di dalam kajian ini, didapati terdapat perbezaan dari segi morfologi kedua-dua spesies tetapi terdapat juga pertindihan di antara kedua-dua spesies Acrostichum. Dengan menggunakan nilai Eigenvalue, ciri-ciri yang dikaji dapat dibezakan. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang jelas dari segi morfologi. Namun begitu, terdapat pertindihan sedikit di antara pembolehubah yang berkenaan. Jarak perbezaan di antara kedua-dua spesies ialah 3.3E+05. Jarak ditentukan dengan menggunakan kaedah Euclidean (Pythagorean) dan kaedah Ward.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Acrostichum aureum, A. speciosum, taxonomist, morphological feature, Ward method, Euclidean
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 12:07
Last Modified: 16 Oct 2017 17:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6989

Actions (login required)

View Item View Item