Pengasingan dan aktiviti perencat isocitrate lyase (icl) ekstrak kasar aktinomiset terhadap mycobacterium

Tay, Chiew Hong (2004) Pengasingan dan aktiviti perencat isocitrate lyase (icl) ekstrak kasar aktinomiset terhadap mycobacterium. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001392.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehan strain H8602 dalam aktiviti perencatan terhadap isocit:rate lyase (ICL) daripada Mycobacterium tuberculosis. Bakteria H8602 disahkan sebagai aktinomiset melalui pewarnaan gram. Media oatmeal digunakan untuk pertumbuhan strain H8602 untuk tujuan penulenan aktinomiset. Aktinomiset yang dipencilkan ditumbuhkan di medium mannitol-pepton secara aerobik untuk menghasilkan metabolit sekunder yang kemudian diekstrak dengan penambahan aseton. Ujian penyaringan perencat ICL dilakukan dengan menggunakan M. smegmatis jenis liar dan transformant cl M. smegmatis yang telah ditransformaikan dengan gen icl M. luberculosis. Didapati ekstrak ini toksik terhadap M. smegmatis kerana terdapat zon perencatan pada kedua-dua piring asetat dan glukosa. Ekstrak ini disejatkan dan dikering-beku untuk mendapat hasil dalam bentuk serbuk yang berwarna kuning. Serbuk ekstrak ini dilarutkan dalam air suling untuk menjalankan kromatografi lapisan nipis. Pemisahan komponen dalam ekstrak ini dicapai dengan menggunakan sistem pelarut metanol-air dengan nisbah 99: 1. Dua spot didapat. Komponen-komponen dalam ekstrak dianalisiskan dengan HPLC dengan jarak gelombang yang berbeza dan masa yang tertentu. Didapati sistem pelarut metanol-air dengan nisbah 20:80 memberi pemisahan yang terbaik. Lapan puncak didapatkan termasuk puncak pelarut organik. Hasil daripada HPLC dengan retention time (tR) yang berlainan dikutip dan digunakan dalam penyaringan terhadap perencar ICL. Terdapat zon perencatan dalam kedua-dua piring asetat dan glukosa. lni menunjukan ekstrak H8602 adaIah toksik terhadap M. smegmatis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mycobacterium tuberculosis ,strain H8602 , isocitrate lyase (ICL), M. smegmatis.
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 07 Oct 2013 09:11
Last Modified: 17 Oct 2017 11:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7172

Actions (login required)

View Item View Item