Kesan baja lepas lahan ke atas pertumbuhan dan perkembangan rumput Bermuda (Cynodon dactylon L. Var. Tifway 419 )

Ahmad Zununu Al Masri Abdul Razak (2005) Kesan baja lepas lahan ke atas pertumbuhan dan perkembangan rumput Bermuda (Cynodon dactylon L. Var. Tifway 419 ). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001469.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Eksperimen ini dijalankan untuk mengkaji kesan baja lepas lahan ke atas pertumbuhan dan perkembangan akan rumput turfspesies Bermuda (Cynodon dactylon L. Var. Tifway 419 ). Kajian ini dijalankan di luar rumah kaca, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah dalam tempoh jangka masa selama 12 minggu menggunakan rekabentuk rawak lengkap ( CRD ). Empat jenis baja digunakan iaitu Agroblen ( 9% N ), Multigreen ( 22% N ), Nugro ( 18% N ) ( baja lepas lahan ) dan Urea ( 46% N ) ( baja cepat lepas ) termasuk satu kawalan. Setiap baja diberi mengikut kadar N yang sama. Setiap rawatan direplikasikan sebanyak enarn kali. Pembajaan hanya dilakukan sekali sahaja iaitu sebelum rumput ditanam. Persampelan dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua bulan dan tiga bulan selepas penanaman. Data yang diperolehi menunjukkan tumbesaran atas, kandungan klorofil, bilangan daun, bilangan nod dan sistem pengakaran telah meningkat dengan ketara selepas pemberian baja lepas lahan. Didapati kesemua baja memberi kesan baki selepas dua bulan. Diantara baja lepas lahan, Nugro meningkatkan dengan ketara tumbesaran akar ( 61.4 1 / kor sampel ) dan bahagian atas (188.7 g / besen) kecuali untuk kandungan klorofil di mana baja Agroblen merekodkan nilai bacaan tertinggi ( 2.79 g / I ) pada persampelan bulan pertama. Pada persampelan untuk isipadu akar, baja Urea didapati mengakibatkan kemerosotan dengan ketara berbanding dengan kawalan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fertilizer, Bermuda grass, Cynodon dactylon L. Var. Tifway 419
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Oct 2013 16:50
Last Modified: 17 Oct 2017 12:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7331

Actions (login required)

View Item View Item