Kesan kepekatan kuprum terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia Tetraselmis Sp.

Maziana Elyunie Kori (2005) Kesan kepekatan kuprum terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia Tetraselmis Sp. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001511.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk meneliti kesan kepekatan kuprum terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia Tetraselmis sp. Empat kepekatan kuprum iaitu 10 mgL-1 , 20 mgL-1 , 30 mgL-1 dan 40 mgL-1 yang berbeza dalam media Conway untuk tujuan pengkulturan. Kepekatan kuprum 20mgL-1 digunakan sebagai kawalan. Bekas berkapsiti 5 liter dimasukkan 3 liter media dan 1 liter Tetraselmis sp. Proses pengkulturan mengambil masa selama 6 hari. Analisis kandungan protein, lipid menyeluruh, organik, abu dan klorofil a dijalankan selepas penuaian. Keputusan kajian secara amnya menunjukkan bahawa Tetraselmis sp. yang dikultur dalam media yang mempunyai kepekatan sebanyak 10 mgL-1 adalah yang paling berkesan, yang mana ia memberi nilai bacaan komposisi biokimia yang paling tinggi. Didapati kandungan komposisi protein, lipid, abu dan klorofil a dalam Tetraselmis sp. menurun dengan meningkatnya kepekatan kuprum yang digunakan. Apabila kepekatan kandungan kuprum ditambah kepada 40 mgL-1 nilai komposisi protein, lipid, abu dan klorofil a dalam Tetraselmis sp. didapati merosot dan berkurang. Kesimpulan, kepekatan kuprum mempengaruhi pertumbuhan Tetraselmis sp. dari segi bilangan selnya. Komposisi biokimia menunjukkan apabila semakin rendah kepekatan kuprum semakin tinggi komposisi biokimia Tetraselmis sp.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cuprum combination, biochemical composition, Tetraselmis sp., growth
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Oct 2013 14:52
Last Modified: 17 Oct 2017 13:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7445

Actions (login required)

View Item View Item