Pengasingan dan penyaringan aktinomiset terutamanya Streptomyces dari Lower Segama, Sabah terhadap perencat isocitrate lyase dalam Mycobacterium bukan patogen

Ng, Li Wei (2004) Pengasingan dan penyaringan aktinomiset terutamanya Streptomyces dari Lower Segama, Sabah terhadap perencat isocitrate lyase dalam Mycobacterium bukan patogen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001566.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pengasingan akiinomiset dari sampel tanah yang dikutip dari Lower Segama. Sabah menjadi salah satu sasaran untuk mendapatkan strain-strain berguna yang dapat merencat enzim isocitrate lyase (ICL) dalam aktiviti glikosilat yang diperlukan oleh M. tuberculosis jangkitan laten penyakit tuberculosis. Sejurnlah 18 sampel tanah telah dikutip dari Lower Segama, Sabah dan sebanyak 44 aktinomiset telah berjaya diasingkan daripada kesemua sampel tanah ini. Media asid humik-vitamin B1 (HV) agar dengan pH 7.2 yang dieram pada suhu 28°C selama 7 hari telah dipilih sebagai media dalam pengasingan sampel tanah ini. pH 7.2 adalah pH optimum bagi pertumbuhan aktinomiset. Koloni tunggal yang dihasilkan atas media HV agar diambil dan disubkulturkan ke atas media oatmeal agar untuk menghasilkan aktinomiset yang tulen. Aktinomiset yang ditulenkan ini ditumbuhkan di dalam mannitol-pepton liquid kultur secara aerobik untuk menghasilkan metabolit sekunder yang kemudian diekstrakkan dengan aseton. Ujian penyaringan perencat ICL dilakukan dengan menggunakan mikrobakterium yang bukan patogen iaitu Mycobacterium smegmatis jenis liar dan Δicl M. smegmatis dengan gen icl yang telah ditransformasikan dengan plasmid yang membawa gen icl M tuberculosis. Media M9 agar yang mengandungi surnber karbon (glukosa atau asetat), vitamin B1 dan M smegma tis disediakan untuk ujian penyaringan ini. Setiap ekstrak yang hendak diuji dipipetkan ke atas cakera kertas dahuIu sebelum dipindahkan ke atas media M9 agar yang telah disediakan. Diameter zon perencatan diperbatikan dan dicatatkan untuk mengenalpasti sama ada ekstrak yang diuji adalab perencat berpotensi atau toksik terhadap M. smegmatis. Hanya ekstrak yang menghasilkan zon perencatan pada kedua-dua piring M smegmatis jenis liar dan jenis transformant yang mengandungi sumber karbon asetat dianggap sebagai perencat ICL yang berpotensi. Sebanyak 156 ekstrak metabolit sekunder aktinomiset telah diuji dengan ujian penyaringan perencat ICL. Tiada ekstrak yang menjadi perencat berpotensi bagi ICL tetapi terdapat 13 ekstrak yang menunjukkan ketoksikan terbadap M. smegmatis. Ujian pengesahan dan ujian penyaringan perencat lain yang selanjutnya perlu dijalankan terhadap ekstrak-ekstrak tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: actinomycetes, soil sample, Lower Segama, isolation, isocitrate lyase enzyme, ICL inhibitor
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Nov 2013 13:59
Last Modified: 11 Oct 2017 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7608

Actions (login required)

View Item View Item