Keupayaan pelancongan alam semulajadi di Binsulok, Membakut, Sabah

Marny Lion (2004) Keupayaan pelancongan alam semulajadi di Binsulok, Membakut, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001567.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Kawasan Binsulok yang terletak di Daerah Membakut, Sabah, kira-kira 100km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Binsulok kaya dengan khazanah alam semulajadinya yang mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan alam semulajadi. Keupayaan Binsulok sebagai sebuah kawasan pelancongan yang baru diperincikan dengan mengenalpasti keupayaan faunanya sebagai produk pelancongan. Disamping itu kami dapat mengupas pendapat dan sejauhmana penerimaan masyarakat Kampung Binsulok, sebagai peneraju industri pelancongan di sini. Kaedah tinjauan dan pengiraan dijalankan untuk mengetahui kekerapan penemuan dan kepadatan fauna manakala borang soalselidik digunakan untuk mendapatkan data demografi dan pendapat masyarakat. Tempoh kajian adalah selama tiga kali lawatan iaitu pada bulan Mei, Julai dan November 2003. Kera (Macaca fascicularis) (1.11 kali penemuan per jam) dan serangga kelip-kelip (Genus Pteroptyx) (62.22 individu per pokok) merupakan fauna yang didapati berkeupayaan tinggi sebagai produk pelancongan di Binsulok berbanding monyet belanda (Nasalis larvatus) (0.58 kali penemuan perjam) dan buaya tembaga (Crocodylus porosus) (0.44 kali penemuan per jam). Penerimaan masyarakat Binsulok terhadap industri pelancongan di sini adalah positif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: tourism industry, nature, Binsulok, community, Nature Tourism
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Nov 2013 13:43
Last Modified: 11 Oct 2017 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7609

Actions (login required)

View Item View Item