Suhaida Ayub (2006) Kesan kepekatan air kelapa dan media asas yang berbeza ke atas proliferasi protokom Phalaenopsis Gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001569.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian penentuan medium asas dan peratus air kelapa yang sesuai bagi proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea telah dijalankan . Protokom orkid yang berusia 231 hari selepas percambahan digunakan sebagai eksplan. Dua jenis medium asas digunakan iaitu NDM dan XER yang setiap satunya dibarikan lima rawatan air kelapa iaitu 0%, 2.5%, 5.0%, 7.5% dan 10%. Medium asas tanpa penambahan air kelapa (0%) dijadikan sebagai kawalan. Setiap rawatan ini ditambahkan dengan 2.5g arang (2.5g/L) dan 20g sukrosa (20g/L). Hasil kajian selama tiga bulan menunjukkan bahawa penggunaan media asas dan kepekatan air kelapa yang berbeza tidak mempengaruhi peratus proliferasi protokom. Walau bagaimanapun, rawatan NDM+7.5% air kelapa menunjukkan pertambahan protokom baru yang tinggi dalam masa tiga bulan pengkulturan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | coconut water, basal media, protocorm proliferation, Phalaenopsis gigantea |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Divisions: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 21 Nov 2013 11:22 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 10:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7621 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |