Limnologi dan taburan fitoplankton di sistem perairan paya bakau di pusat tanah lembap Kota Kinabalu

Darshan Singh Diljit Singh (2007) Limnologi dan taburan fitoplankton di sistem perairan paya bakau di pusat tanah lembap Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001594.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan selama lima bulan, bertujuan untuk mengetahui status kualiti air dan taburan fitoplankton di sistem perairan paya bakau di Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu (PTLKK). Perubahan kandungan nutrien terhadap air pasang surut juga direkodkan di setiap stesen pensampelan. Pengambilan sampel telah dilakukan antara bulan Ogos 2006 hingga bulan Januari 2007. Analisis ini dijalankan di enam stesen yang mewakili keseluruhan kawasan perairan paya bakau berdasarkan persekitaran lotik dan lentik serta kesan keamatan cahaya. Kajian ini dilakukan secara in-situ (di lapangan) dan ex-situ (di makmal) melibatkan pemonitoran terhadap parameter fizikal, kimia dan biologi air. Analisis parameter yang dijalankan secara in-situ ialah suhu, pH, arus, DO, saliniti, kedalaman dan transperansi. Analisis parameter yang dijalankan di makmal ialah ammonia, nitrat, fosfat, jumlah fosforus, BOD, COD, TSS dan klorofil-a serta pengiraan dan identifikasi fitoplankton. Daripada analisis ini yang telah dijalankan, terdapat pelbagai pola perubahan bagi parameter-parameter yang diukur sepanjang lima bulan ini semasa air surut dan air pasang. Keputusan yang diperolehi menunjukkan yang kualiti air di sistem perairan paya bakau di PTLKK adalah lebih baik semasa air pasang berbanding air surut. Tambahan pula, Indeks Aras Trofik Carlson menunjukkan yang sistem perairan paya bakau di PTLKK adalah eutrofi semasa air surut dan oligotrofi semasa air pasang. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, antara lima divisi fitoplankton yang ditemui, didapati tiga divisi yang paling dominan di PTLKK adalah divisi Chrysophyta (diatom), divisi Cyanophyta (alga biru-hijau) and divisi Chlorophyta (alga hijau). Keputusan Ujian T Tidak Bersandar (P<0.05) menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi biojisim antara kawasan lotik dan kawasan lentik semasa air pasang. Selain itu, analsis korelasi Pearson (P<0.05) menunjukkan terdapat hubungan signifikan di antara densiti fitoplankton dengan parameter fizikal (pH, suhu dan arus) dan parameter kimia (BOD, COD, fosfat dan biojisim) yang terpilih

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water quality, distribution of phytoplankton, mangrove wetland, nutrient concentration
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 10:02
Last Modified: 11 Oct 2017 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7738

Actions (login required)

View Item View Item