Kajian karyotyping Kerapu Gergasi dan kerapu harimau serta hibridnya

Nurul Huda Abd Rani (2007) Kajian karyotyping Kerapu Gergasi dan kerapu harimau serta hibridnya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001596.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan gambar serakan kromosom daripada induk jantan ikan Kerapu Gergasi, induk betina ikan Kerapu Harimau serta hibridnya iaitu ikan Tiger GG. Sampel darah bagi ketiga-tiga sampel tersebut diambil untuk menghasilkan profil kromosom lengkap dengan merujuk kepada kajian para penyelidik terdahulu. Profil kromosom lengkap yang diperolehi daripada induk jantan ikan Kerapu Gergasi dan induk betina ikan Kerapu Harimau masing-masing adalah (48, XY) dan (48, XX). Manakala bagi ikan hibrid Tiger GG pula adalah (48, XX). Kromosom tersebut telah diwarnakan dengan larutan Giemsa berserta dengan penjaluran -G. Serakan kromosom pada peringkat metafasa bagi semua kromosom sampel diperhatikan di bawah mikroskop dengan kanta pembesaran x100. Secara umumnya, kromosom dalam semua sampel yang dikaji telah dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang dilabelkan dengan huruf A hingga G. Kromosom ini terbahagi kepada empat bentuk iaitu metasentrik (Kumpulan A dan B), submetasentrik (Kumpulan C, D, dan E), akrosentrik (Kumpulan F) dan kromosom seks (Kumpulan G). Kajian ini juga mendapati ketidakhadiran kromosom yang berbentuk telosentrik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: chromosome, metaphase stage, male of Giant Grouper, female of Tiger Grouper, hybrid Tiger GG, telocentric, fish
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Q Science > QL Zoology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 09:49
Last Modified: 11 Oct 2017 15:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7740

Actions (login required)

View Item View Item