Etnomatematik masyarakat Murut di Sabah: Satu tinjauan

Cherrency Dailis (2007) Etnomatematik masyarakat Murut di Sabah: Satu tinjauan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji pengaplikasian matematik dalam kehidupan seharian masyarakat Murut di Sabah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji penggunaan matematik dalam sistem nombor dan pengiraan, konsep masa, dan tenunan dan anyaman masyarakat Murut. Objektif berikutnya untuk mengkaji perbandingan sebutan yang digunakan dalam sistem nombor dan pengiraan dan konsep masa antara masyarakat Murut dan masyarakat Dusun. Maklumat-maklumat mengenai kaum Murut di Sabah diperolehi melalui data sekunder iaitu pembacaan buku, majalah dan sebagainya serta melalui data primer iaitu kerja lapangan yang dijalankan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, sistem nombor masyarakat Murut lebih banyak menggunakan perkataan dan secara verbal atau lisan kerana mereka tidak memiliki simbol bagi nombor-nombor tersebut. Konsep masa juga banyak digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Konsep simetri digunakan untuk melihat jenis gerakan isometri yang terdapat pada setiap tenunan dan anyaman. Di samping itu, bentuk-bentuk geometri di dalam tenunan dan anyarnan juga dikenalpasti. Selain itu, sebanyak 9 motif telah dikenalpasti pada tenunan dan anyaman mereka iaitu nantuapan, negimpong/negempangan, pinagarian, inumbir, nayat tayat, ginumulun lalait, binulisi, pinungulangsat dan binangkusangan. Corak geornetri yang terdapat pada motif ialah berbentuk segitiga, segiempat, rombus, bulatan dan heksagon. Pantulan imej dapat dilihat pada motif nantuapan. Pantulan menegak pula dikenalpasti melalui motif negimpong/negempangan dan pinagarian. Sementara itu, pantulan menegak/melintang dilihat pada motif pinungulangsat dan binangkusangan dan translasi imej pada motif inumbir, nayat tayat, ginumulun lalait dan binulisi.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 09:53
Last Modified: 09 Dec 2013 09:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7743

Actions (login required)

View Item View Item