Kajian kehadiran total Coliform Dan Faecal Coliform (E. coli) di pantai rekreasi Tanjung Aru

Mohd. Faizal Azaha (2007) Kajian kehadiran total Coliform Dan Faecal Coliform (E. coli) di pantai rekreasi Tanjung Aru. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001600.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kehadiran bakteria koliform iaitu faecal coliform (E. coli) dan total coliform (TC) di dalarn air marin pantai rekreasi Tanjung Am dan mengenalpasti punca-punca pencemaran air marin yang berkaitan dengan bakteria koliform najis. Empat buah kawasan pensampelan utama telah dipilih untuk kajian ini yang mana setiap kawasan meranglrumi satu stesen air Laut dan satu stesen air longkang. Kaedah Penurasan Membran yang berdasarkan Standard Methods APHA telah digunakan untuk analisis parameter E. coli dan TC di makmal. Kesemua stesen air longkang mencatatkan bilangan bakteria E. coli dan TC yang paling banyak berbanding kesemua stesen air Laut dengan julat bilangan E. coli (1050 cfu 100ml-1 - 2395 cfu 100ml-1) dan TC (3167 cfu 100ml-1 - 5617 cfu 100ml-1). Longkang 3 (S3) yang terletak berhampiran Medan Selera didapati paling tercemar dengan E. coli dan ini teLah menyebabkan stesen air laut (L3) juga mempunyai bilangan E. coli yang paling tinggi antara semua stesen air laut. Kesemua stesen air laut memberikan nilai julat bilangan E. coli ( 110 cfu 100mL-1 - 206 cfu 100mL-1) dan TC (878 cfu mL-1 - 2128 cfu 100mL-1). Kesemua stesen air longkang mempunyai bilangan E. coli dan TC yang Lebih tinggi berbanding stesen air laut, ini menunjukkan sisa-sisa domestik di kawasan berkenaan di alirkan ke dalam stesen air longkang. Oleh yang demikian, boLeh dikatakan longkang ini merupakan punca utama TC dan E. coli di Pantai Tanjung Aru. Secara keseluruhannya, air Laut di kawasan pantai rekreasi Tanjung Aru masih berada pada tahap yang selamat untuk kegunaan rekreasi kerana nilai-niLai bilangan E. coli dan TC masih mematuhi nilai Kelas lIB Piawaian Interim Kualiti JAS 1987.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: total coliform, faecal coliform, coastal water, Membrane Filtration Method, Interim Water Quality Standards
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 09:46
Last Modified: 11 Oct 2017 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7746

Actions (login required)

View Item View Item