Penyelesaian masalah litar LRC dengan menggunakan jelmaan Laplace dan Runge-Kutta-Fehlberg

Lam, Kok Wah (2007) Penyelesaian masalah litar LRC dengan menggunakan jelmaan Laplace dan Runge-Kutta-Fehlberg. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001604.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mencari nilai arus elektrik yang mengalir pada setiap gelung litar LRC dalam selang masa sifar hingga satu saat. Kaedah jelmaan Laplace dan Runge-Kutta-Fehlberg (RKF45) telah digunakan untuk menyelesaikan masalah litar LRC yang direkabentuk dengan mempunyai dua dan empat gelung sahaja. Nilai arus elektrik yang diperolehi dengan kedua-dua kaedah ini telah diperhatikan dan dibandingkan. Daripada hasil kajian, didapati penyelesaian RKF45 akan menghampiri penyelesaian daripada kaedah jelmaan Laplace dengan mengambil saiz langkah, h yang lebih kecil. Kedua-dua kaedah yang digunakan menunjukkan bahawa arus elektrik yang mengalir pada gelung yang berlainan adalah sentiasa berubah dalam selang masa sifar hingga satu saat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: LRC circuit, interval of time, Laplace transform, Runge-Kutta-Fehlberg, loop
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 12:37
Last Modified: 11 Oct 2017 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7750

Actions (login required)

View Item View Item