Pemodelan kepekatan PM10 di empat bulatan utama di bandaraya Kota Kinabalu

Suhaida Abdullah (2005) Pemodelan kepekatan PM10 di empat bulatan utama di bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001660.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk memodelkan kepekatan PM10 bagi tahun 2014 bagi empat bulatan utama di Bandaraya Kota Kinabalu Sabah iaitu di Bulatan Kingfisher, Bulatan Bandaraya, Likas Square dan Bulatan Pelabuhan. Pemodelan ini dilakukan dengan menggunakan perisian model computer penyebaran versi 2.0, CAL3QHC. Daripada korelasi Pearson yang dijalankan, ramalan kepekatan PM10 pada tahun 2004 mempunyai korelasi yang baik iaitu (r = 0.696, p<0.05) dengan nilai kepekatan PM10 yang diukur di lapangan bagi keempat-empat bulatan utama tersebut. Hasil pemodelan menunjukkan paras maksimum kepekatan PM10 pada tahun 2004 yang mencatatkan bagi Bulatan Kingfisher adalah sebanyak 128 µgm -3, Bulatan Bandaraya 216 µgm-3 , Likas Square 104.4 µgm -3 dan Bulatan Pelabuhan sebanyak 244.4 µgm -3 manakala menjelang tahun 2014, kesemua kawasan kajian mengalami peningkatan dengan masing-masing mencatatkan mlai sebanyak 145 µgm-3, 214 µgm-3, 133.2 µgm-3 dan 254 µgm-3. Peratusan penjngkatan tertinggi dicatatkan di Likas Square iaitu sebanyak 27.6 %. Penerima sensitif keempat-empat kawasan kajian ini menerima purata kepekatan yang masih lagi rendah iaitu di an tara 10.4 µgm-3 hingga ke 150 µgm-3 (purata 24 jam) iaitu di bawah nilai 150 µgm-3 yang ditetapkan oleh Malaysian Ambient Air Quality Guideline.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: roundabout, software CAL3QHC version 2.0, Malaysia Ambient Air Quality Standard
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Dec 2013 14:54
Last Modified: 10 Oct 2017 14:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7827

Actions (login required)

View Item View Item