Anis Mastura Abd. Manaf (2006) Kajian awal in vitro kulat tanah yang berpotensi mengawal pertumbuhan kulat Ganoderma Boninense. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001667.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Satu kajian in vitro ini telah dijalankan untuk menentukan kulat-kulat dari tanah yang berpotensi mengawal pertumbuhan Ganoderma boninense, agen penyebab penyakit reput pangkal tanaman kelapa sawit (BSR). Ujian telah dijalankan dengan menggunakan teknik 'dual culture' pada suhu bilik. Jarak pertumbuhan miselia kulat G.boninense terhadap ku1at antagonistik telah dicatat selepas empat hari pengeraman. Kulat-kulat tanah yang berjaya diasingkan adalah Trichoderma, Penicillium, Aspergillus dan Mucor. Keputusan menunjukkan Isolat AM5 (Trichoderma) merupakan pereneat terkuat terhadap G. boninense dengan purata Peratusan Pereneatan Pertumbuhan Berjejari terhadap Ganoderma atau Percentage Inhibition Radial Growth of Ganoderma (PIRG) sebanyak 39.74%. Ini diikuti oleh Isolat AM8 (Aspergillus), Isolat AM7 (Mucor), Isolat AM4 (tidak diketahui), Isolat AM3 (Penicillum), Isolat AM11 (Aspergillus) dan Isolat AM13 (Penicillum) dengan masing-masing menunjukkan nilai purata PIRG sebanyak 26.28%, 19.28%, 17.51%, 15.80% dan 15.17%. Manakala Isolat AMI (Penicillum), Isolat AM2 (tidak diketahui), Isolat AM6 (Penicillum), Isolat AM9 (tidak diketahui), Isolat AM10 (tidak diketahui), Isolat AMl2 (Aspergillus) dan Isolat AMl4 (tidak diketahui) tidak menunjukkan perencatan terhadap G.boninense. Antara empat belas isolat yang diuji, Isolat AM5 (Trichoderma) adalah paling berpotensi sebagai agen kawalan hiologi untuk mengawal penyakit reput pangkal yang disebabkan oleh G.boninense.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | in vitro, Ganoderma boninense, Isolate, biocontrol agent, basal stem, inhibitor, oil palm |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Divisions: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Dec 2013 09:42 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 14:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7835 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |