Kajian perbandingan tahap pencemaran menggunakan lumut Barbula consanguinea (Thwaites & Mitt.) A. Jaeger sebagai penunjuk biologi di kampus Universiti Malaysia Sabah

Melissa Sue Dailin (2008) Kajian perbandingan tahap pencemaran menggunakan lumut Barbula consanguinea (Thwaites & Mitt.) A. Jaeger sebagai penunjuk biologi di kampus Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001747.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas akumulasi logam herat di kampus Universiti Malaysia Sabah telah dijalankan menggunakan lumut Barbula consanguinea (Thwaites & Mitt.) A. Jaeger. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepekatan empat jenis logam berat iaitu Zn, Pb, Cu dan Cd dan membandingkan tahap pencemaran di tiga kawasan terpilih iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Dewan Kuliah Pusat dan Institut Biologi Tropikal dan Pemuliharaan. Persampelan telah dilakukan secara rawak dengan lima replikat pada setiap sub-lokasi, memberikan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak 15 sampel. Kepekatan pada Zn, Pb, Cu dan Cd telah ditentukan secara kuantitatif menggunakan alat spektrofotometer serapan atom (AAS). Keputusan menunjukkan min kepekatan logam berat secara relatifnya adalah mengikut turutan Zn > Pb > Cu > Cd. Analisis varians satu hala (ANOV A) menunjukkan perbezaan min yang signifikan pada kandungan kepekatan logam berat pada ketiga-tiga sub-lokasi kajian. Kawasan Sekolah Sains dan Teknologi menunjukkan kepekatan logam yang paling tinggi, diikuti dengan Dewan Kuliah Pusat dan di Institut Biologi Tropikal dan Pemuliharaan. Kesimpulannya, lumut B. consanguinea merupakan penunjuk biologi yang sesuai untuk melihat kehadiran Pb, Zn dan Cu tetapi tidak pada Cd.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Atomic Absorption Spectrophotometer, metal concentration, Barbula consanguinea, level of pollution
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 11:05
Last Modified: 10 Oct 2017 16:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7982

Actions (login required)

View Item View Item