Taburan populasi tikus domestik di Taman Kingfisher, Kota Kinabalu

Kiu, Sock Ping (2005) Taburan populasi tikus domestik di Taman Kingfisher, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001831.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Taman Kingfisher, Kota Kinabalu Sabah untuk mengetahui taburan populasi tikus domestik (famili Muridae). Kawasan kajian terbahagi kepada tiga kawasan persampelan iaitu kawasan perumahan, belukar dan kawasan komersil. Kaedah tangkap-tanda lepas dan tangkap semula telah digunakan dalam penangkapan tikus. Kaedah persampelan rekabentuk blok rawak lengkap (RCBD) diaplikasikan dalam penyusunan perangkap dan tiga jenis umpan iaitu ikan masin, pisang emas dan ubi keledek digunakan. Kesemuanya sebanyak 12 blok didirikan iaitu empat blok masing-masing di setiap kawasan persampelan dan jumlah perangkap yang digunakan ialah 72 buah. Kajian dijalankan dalam dua sesi iaitu empat hari berturut-turut untuk persampelan kali pertama dan persampelan kali kedua Penangkapan kali kedua hanya bermula setelah selang satu hari selepas penangkapan pertama. Perangkap dipasang pada pukul enam petang dan diperiksa semula pada pukul enam pagi untuk kedua-dua sesi persampelan. Melalui kajian, lima spesies tikus berjaya ditangkap iaitu Rattus rattus, R. norvegicus, R. exuians, R. argentiventer dan Sundamys muelleri. Jumlah tangkapan tikus mencatatkan sebanyak 33 ekor dan kawasan dengan diversiti tikus yang paling tinggi ialah belukar iaitu H' = 0.55, diikuti oleh kawasan perumahan,H' = 0.44 dan kawasan komersil, H' = 0.29. Peratus kejayaan penangkapan ialah 2.08% di kawasan perumahan, 2.26% di belukar dan 1.39% di kawasan komersil. Manakala densiti tikus yang diperolehi ialah 21.43 ekor/ha di kawasan perumahan, 23.21 ekor/ha di belukar dan 14.29 ekor/ha di kawasan komersil. Anggaran saiz populasi di kawasan kajian ialah N = 152. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pemilihan umpan yang bererti dalam menarik perhatian tikus (p < 0.01). Sementara itu, kajian menunjukkan bahawa pemilihan kawasan tidak berbeza. secara bererti dalam bilangan tangkapan tikus per perangkap (p > 0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Catch-mark method, recapture method, Randomize Complete Block Design, murid population
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Feb 2014 13:02
Last Modified: 11 Oct 2017 12:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8138

Actions (login required)

View Item View Item