Kepelbagaian Isopoda di Taman Poring

Siti Julaihah Rusining (2005) Kepelbagaian Isopoda di Taman Poring. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001832.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang kepelbagaian menggunakan Isopoda telah dijalankan di Taman Poring. lsopoda merupakan order dalam kelas Krustacea dalam filum Arthropoda dalam alam Animalia. Objektif kajian adalah untuk melihat kepelbagaian dan kepadatan Isopoda di kawasan kurang terganggu dan kawasan terganggu di Taman Poring serta membandingkan kepelbagaian dan kepadatan Isopoda antara kedua-dua jenis kawasan tersebut. Kesetaraan dan keserupaan Isopoda bagi kedua-dua jenis kawasan turut diperhatikan. Dua replikasi telah dibuat di setiap kawasan. Setiap replikasi pula terdiri daripada tiga transek yang mana setiap satu transek tersebut terdiri daripada dua puluh kuadrat. Kuadrat yang digunakan dalam persampelan bersaiz 40cm x 40cm. Kajian mendapati terdapat lapan belas morfospesies Isopoda di Taman Poring. Sembilan morfospesies hanya didapati di kawasan terganggu dan terdapat juga tiga morfospesies yang hanya didapati di kawasan kurang terganggu. Kepelbagaian dan kepadatan Isopoda di kawasan terganggu didapati lebih tinggi berbanding dengan kepelbagaian dan kepadatan Isopoda di kawasan kurang terganggu. Bagi kesetaraan dan keserupaan Isopoda, kawasan kurang terganggu menunjukkan kesetaraan dan keserupaan spesies yang lebih tinggi. Daripada ujian korelasi yang dijalankan, terdapat hubungan positif antara bilangan individu dan spesies Isopoda yang diperolehi, iaitu bilangan spesies bertambah dengan pertambahan bilangan individu Isopoda (p< .01). Faktor kelembapan juga menunjukkan hubungan positif dengan bilangan spesies Isopoda (p< .05). Kesimpulannya kepelbagaian Isopoda yang rendah di kawasan kurang terganggu adalah disebabkan oleh kepadatan individu Isopoda dan faktor kelembapan yang lebih rendah di kawasan tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: diversity, Isopod, Poring Park, Crustacea class, Arthropod filum, quadrate
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Feb 2014 12:47
Last Modified: 11 Oct 2017 13:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8139

Actions (login required)

View Item View Item