Kesan pelbagai kaedah pengendalian lepas tuai terhadap kualiti halia (Zingiber officinale Roscoe cv Tambunan)

Nurul Aainaa Na' Aman (2007) Kesan pelbagai kaedah pengendalian lepas tuai terhadap kualiti halia (Zingiber officinale Roscoe cv Tambunan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001847.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan kombinasi pelbagai kaedah pengendalian lepas tuai ke atas kualiti halia (Zingiber officinale Roscoe. cv Tambunan). Sebanyak 240 sampel rizom halia dituai daripada ladang halia Tambunan dan dirawat dengan 12 rawatan yang berbeza dimana kombinasi di antara kaedah pengendalian lepas tuai; perawatan, pelilinan, pembungkusan dan penyimpanan suhu sejuk. Halia disimpan selama 8 minggu dan data diambil pada minggu 0, 2, 4, 6 dan 8. Parameter yang dikaji adalah peratus kehilangan berat, keteguhan isi, paras pepejal terlarut, peratus asid tertitrat dan nilai pH. Kajian ini menunjukkan kombinasi perawatan, pelilinan, pembungkusan dan penyimpanan suhu sejuk, kombinasi pelilinan dan penyimpanan suhu sejuk, kombinasi pembungkusan, suhu sejuk dan kombinasi pelilinan, pembungkusan dan penyimpanan suhu sejuk dapat mengurangkan kadar kehilangan berat manakala kombinasi pelilinan, pembungkusan dan penyimpanan suhu sejuk dan kombinasi perawatan, pelilinan, pembungkusan, penyirnpanan suhu sejuk dapat mengekalkan keteguhan isi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kombinasi pengendalian lepas tuai yang berbeza tidak mempengaruhi paras pepejal terlarut, asid tertitrat dan nilai pH halia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: combination, postharvest treatment, ginger quality, packaging, temperature storage, solid soluble concentration, acid titrability, pH
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Feb 2014 15:57
Last Modified: 11 Oct 2017 13:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8155

Actions (login required)

View Item View Item