Analisis sebatian organik meruap dalam herba dan rempah Malaysia menggunakan kaedah kromatografi gas spektrometer jisim

Earlene Kasamira Vashti Edham (2007) Analisis sebatian organik meruap dalam herba dan rempah Malaysia menggunakan kaedah kromatografi gas spektrometer jisim. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001852.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kandungan sebatian meruap dalam rempah dan herba yang dipilih iaitu buah pala (Myristicaji'agrans), halia (Zingiber officinale Rosc.), cengkih (Eugenia aromatica), kayu manis (Cinnamomum verum) dan bunga lawang (lllicium verum) telah dijalankan. Sebatian-sebatian tersebut telah dianalisis dengan menggunakan alat Kromatografi Gas Spektrometri Jisim. Illicium verum menghasilkan peratusan minyak pati yang tinggi sebanyak 2.97 % (w/w) berbanding Eugenia aromatica 0.80 % (w/w) diikuti Myristica jragrans 0.44 % (w/w) dan Cinnamomun verum 0.17 %. (w/w) Peratusan minyak pati yang paling sedikit ialah Zingiber officinale iaitu sebanyak 0.07% (w/w). Kelima-lima minyak pati di atas mengeluarkan aroma yang kuat terutamanya Myristica jragrans yang tidak berwarna diikuti Eugenia aromattca, Cinnamomun verum, Illicium verum dan Zingiber officinale. Minyak pati Eugenia aromatica, Cinnamomum verum dan Zingiber officinale berwama kuning manakala minyak pati Illicium verum berwarna kuning muda. Daripadahasil kajian ini, sebatiansebatian utama dalam buah pala (Myristica jragrans), halia (Zingiber officinale), cengkih (Eugenia aromatica), kayu manis (Cinnamon verum) dan bunga lawang (Illicium verum) ialah eugenol, eucalyptol, caryophyllene, D-lirnonene, benzaldehyde, cinnamaldehyde, a-pinene, camphene, p-pinene, 1R- alpha- pinene, a-phellandrene dan p- phellandrene. Sebanyak 26 sebatian utama telah dikenalpasti terkandung dalam rninyak pati Myristica jragrans, 26 sebatian utarna dalam minyak pati Cinnamon verum, 16 dalarn minyak pati Eugenia aromatica, 16 dalam minyak pati Illicium verum dan 20 dalam minyak pati Zingiber officinale.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Volatile organic compound, herbs and spices, extraction meyhod, GC-MS instrumen, gas chromatography-mass spektrometry
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Feb 2014 10:35
Last Modified: 11 Oct 2017 13:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8172

Actions (login required)

View Item View Item