Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di KM58-KM80 Jalan Sandakan-Telupid

Surianee Rosli Wong (2005) Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di KM58-KM80 Jalan Sandakan-Telupid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001866.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang dijalankan adalah terletak di bahagian timur Sabah iaitu kilometer 58-90, Jalan Telupid ke Sandakan iaitu pada latitud 117°45' hingga 117°50' dan longitud 5°45' hingga 5°50'. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keadaan geologi dan kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di sana. Kawasan kajian adalah terdiri daripada Formasi Kulapis, Melange, Formasi Sandakan dan endapan kuaterner. Formasi Kulapis boleh dikenali dengan batuannya yang berwarna jingga kemerahan manakala Melange pula adalah terdiri daripada pecahan-pecahan pelbagai batuan tidak kira besar atau kecil dan diselaputi oleh matriks lumpur yang tebal. Formasi Sandakan adalah terdiri daripada selang lapis batu pasir dan batu lumpur manakala endapan kuaterner terdiri daripada aluvium dan mempunyai usia yang paling muda. Sampel jenis shal hitam (X1) dan shal kelabu(X2 dan X3) menunjukkan nilai pH yang agak beralkali. Peratusan kandungan kelembapan dan kandungan organik bagi sampel tanah X I adalah lebih tinggi berbanding kedua-dua sampel yang lain.Sampel tanah XI adalah terdiri daripada jenis lempung manakala sam pel X2 dan X3 adalah jenis lempung berlodak. Nilai kekuatan tertinggi atau maksimum bagi sampel tanah XI ialah 38.6 KN/ m² iaitu pada hari pengawetan selama 14 hari dan pertambahan peratus kapur sebanyak 8% manakala 143 KN/ m² bagi sampel tanah X2 dan 121 KN/m² bagi sampel tanah X3 yang mana kedua-dua sampel ini diawet selama 45 hari dengan pertambahan kapur sebanyak 8%.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geology condition, effect of lime, clay, engineering properties, rock, Quaternary Deposition, pH, moisture, organic
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Feb 2014 10:38
Last Modified: 11 Oct 2017 16:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8193

Actions (login required)

View Item View Item