Teori fixed-points untuk getaran rasuk dengan pelbagai syarat sempadan

Ko, Ying Rao (2005) Teori fixed-points untuk getaran rasuk dengan pelbagai syarat sempadan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001880.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Dua teori Fixed-points, pengoptimuman H∞ dan pengoptimuman H₂ telah digunakan sebagai syarat rekaan optimum dalam fabrikasi penyerap getaran. Pengoptimuman ini telah dibuktikan sangat berkesan dalam pengawalan getaran bagi sistem utama darjah kebebasan pertama. Namun, dalam dunia sebenar, sistem mekanikal yang memerlukan pengawalan getaran lebih kerap dimodelkan sebagai sistem pelbagai darjah kebebasan, iaitu: rasuk. Dalam kajian ini, tatacara rekaan optimum bagi penyerap getaran yang dipasang pada sistem utama darjah kebebasan pertama dilanjutkan pada sistem utama rasuk, dengan pelbagai syarat sempadan. Dalam tesis ini, pengoptimuman H∞ adalah direka untuk mengurangkan getaran pada rasuk tak terlembap, sementara itu, pengoptimuman H₂ adalah digunakan untuk mengurangkan getaran pada rasuk terlembap.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Single Degree of Freedom, Multi Degree of Freedom, vibration absorber, beam, primary system, optimization
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 13:27
Last Modified: 12 Oct 2017 07:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8215

Actions (login required)

View Item View Item