Kesan suhu persekitaran dan media jambangan terhadap pemulihan kelayuan kerat an hibrid Hibiscus rosa sinensis Cv. Archerii

Muhamad Mustaqim Abdul Razak (2007) Kesan suhu persekitaran dan media jambangan terhadap pemulihan kelayuan kerat an hibrid Hibiscus rosa sinensis Cv. Archerii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001893.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kesan implikasi rawatan suhu persekitaran (2±2°C, 19±2°C dan 30±2°C) dengan kombinasi rawatan media jambangan (sukrosa 0%, sukrosa 4%, sukrosa 8% dan sukrosa 12%) dikaji untuk menentukan suhu dan media jambangan yang paling sesuai untuk memulihkan kelayuan keratan bunga raya, Hibiscus rosa sinensis Cv. Archerii. Sebanyak 60 keratan bunga yang bebas dati kerosakan mekanikal dituai dan kemudiannya dibiarkan dalam suhu bilik selama empat jam supaya layu sebelum proses pra-rawatan. Proses pra-rawatan dilakukan dengan mendedahkan keratan bunga raya dengan 1- Metbylcyclopropene (l-MCP) selama 6 jam sebelum dimasukkan ke dalam rawatan media jambangan. Data diambil mengikut masa cerapan Gam) selepas keratan dimasukkan dalam media dengan kepekatan sukrosa berbeza bersama-sama 8- Hydroxyquinolinesulfat (8-HQS) dan asid sitrik. Parameter bagi % penyerapan media, pemerhatian kesegaran bunga, diameter petal bunga, bilangan koloni mikrob dan pemerhatian visual daun dicerap setiap 4 jam selama 32 jam. Keputusan menunjukkan yang rawatan suhu dan media jambangan dalam kajian ini tidak dapat memulihkan kelayuan keratan bunga Hibiscus rosa sinensis Cv. Archerii tetapi dapat melambatkan proses kelayuan yang berlaku. Analisis membuktikan suhu 2±2°C dan kepekatan sukrosa 8% adalah paling baik untuk penyerapan media bagi keratan bunga ini pada aras keertian p ≤ 0.05. Suhu dan kepekatan ini juga dapat melambatkan kelayuan bunga, memperlahankan. pengurangan diameter petal dan mengurangkan kelayuan daun. Bilangan kehadiran koloni mikrob dalam media jambangan juga dapat dikurangkan dengan pendedahan suhu 2±2°C. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan yang penggunaan suhu 2±2°C sebagai suhu simpanan dan kepekatan sukrosa 8% dalam media jambangan adalah paling sesuai untuk melambatkan kelayuan keratan bunga raya Hibiscus rosa sinensis Cv. Archerii.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: temperature treatment, Hibiscus rosa sinensis Cv. Archerii, vase solution, cut flower, pre-treatment
Subjects: Q Science > QK Botany
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Feb 2014 12:13
Last Modified: 12 Oct 2017 08:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8228

Actions (login required)

View Item View Item