Jong, Lee Kim (2005) Taburan cicak di bangunan yang berlainan usia di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001936.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Pemerhatian dan pengumpulan cicak di tiga bangunan yang berlainan usia telah dijalankan sebanyak tiga kali persampelan di Universiti Malaysia Sabah. Objektif utama bagi kajian ini adalah melihat taburan populasi cicak di bangunan-bangunan yang terletak dalam suatu kawasan dan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tersebut. Setiap persampelan selama dua jam di lokasi lapangan sebelum kerja makmal dijalankan. Sebanyak tiga spesies cicak telah ditemui dalam hasil tangkapan. Dua spesies yang biasa dijumpai menunjukkan interaksi kestabilan dinamik di bangunan yang berlainan usia. Saiz populasi Platyurus platyurus meningkat apabila usia bangunan meningkat manakalanya saiz populasi Hemidactylus frenalus menunjukkan perubahan stokastik. Saiz panjang Hemidactylus frenatus betina dan individu yang belum dewasa didapati dipengaruhi oleh usia bangunan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | gecko, ecological knowledge, age of building, population size, dynamic interaction |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Mar 2014 11:04 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 11:57 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8310 |
Actions (login required)
View Item |