Penyaringan sebatian fitokimia (glikosida kardium dan saponin) dan ujian perencatan protein serin/threonin fosfatase ke atas tumbuhan ubatan di Sabah

Wan Danial Samiun Wan Mohamad (2006) Penyaringan sebatian fitokimia (glikosida kardium dan saponin) dan ujian perencatan protein serin/threonin fosfatase ke atas tumbuhan ubatan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001960.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Sebanyak 6 spesies tumbuhan ubatan telah dipilih dan digunakan dalam menjalankan ujian penyaringan fitokimia (glikosida kardium dan saponin) dan ujian perencatan protein serin/threonin fosfatase 1. Sampel dikeringkan dan dikisar sebelum diekstrak dengan menggunakan pelarut kloroform. Bagi ujian buih saponin, sampel Ranelia borneensis (3) dan Calophyllum inophyllum (5) menunjukkan kestabilan paling tinggi iaitu buih yang berbentuk pada ketinggian 2 cm mampu bertahan selama 3 hingga 4 jam. manakala bagi sampel Melastorna malabalhriclim ( 1), Cinnamomllm iners Reinw (2). rumput Trusmadi (4) dan Phyllanthus sp. (6) menunjukkan kestabilan saponin yang rendah iaitu buih yang terbentuk pada ketinggian 1 cm mampu bertahan kurang 1 jam. Dalam ujian Glikosida kardium pula. ujian Keller-Killiani digunakan dan ia positif pada sampel Melastoma malabathricum (1), Cinnamomum iners Reinw (2), Ranelia borneensis (3), rumpul Trusmadi (4) dan Calophyllum inophyllum (5), manakala bagi sampel Phyllanthus sp. (6) menunjukkan keputusan negatif. Ujian positif bagi perencatan protein serin/threonin fosfatase 1 menunjukkan pertumbuhan yis akan terencat bagi strain PAY 704-1 di dalam media YPO pada suhu 37℃ dan yis akan bertumbuh pada Strain yang sama di dalam media YPO + 1M sorbitol pada suhu 37℃. Ekstrak Ranelia borneensis (3) dan Calophyllllm inophyllum (5) menunjukkan keputusan ini di mana zon perencatan yang terhasil di dalam media YPD masing-masing ialah 8.0 mm dan 17.0 mm. Ekstrak Melastoma malabathricum ( 1), Cinnamomum iners Reinw (2) dan Phyllanlhus sp. (6) memberikan keputusan negatif manakala ekstrak rumput Trusmadi (4) memberikan keputusan toksik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: serine/threonine phosphatase, cardium glycoside, Saponin bubbles test, Keller-Killiani's test, Trusmadi grass, toxic
Subjects: Q Science > QK Botany
Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Feb 2014 09:34
Last Modified: 12 Oct 2017 12:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8352

Actions (login required)

View Item View Item