Lee, Ka Han (2008) Kajian terhadap kumpulan fauna ikan di dalam paya air tawar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001981.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai kumpulan fauna ikan di dalam paya air tawar telah dijalaokan di paya air tawar Kampung Baharu, Kinarut, Sabah iaitu 5°49'N, 116°02'E. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti fauna ikan dan biojisim di dalam paya tersebut. Sebanyak empat kali pensampelan telah dilakukan dengan menggunakan pukat berlainan jenis dan saiz jaring untuk menangkap ikan. Pukat-pukat dipasang sarna ada pada sebelah pagi, petang ataupun dalam kedua-dua masa. Cuaca dan parameter air juga ' dicatatkan. Hasil tangkapan dibawa balik ke makmal untuk proses identifikasi dan pengawetan. Dalam kajian ini, sebanyak lapan spesies daripada enam genera ikan telah dikenalpasti. Terdapat juga organisma lain seperti Gastropoda dan Krustasia yang dijumpai tetapi bilangan individu dan biojisim tidak memberikan hasil yang nyata terhadap kajian ini. Jumlah individu ikan yang berjaya ditangkap ialah sebanyak 102 ekor, iaitu Sepat Siam (Trichogaster pectoralis) mencatatkan bilangan individu terbanyak. Dari segi biojisim fauna ikan pula, jumlah yang diperolehi ialah sebanyak 9.8 kg. Ketiga-tiga graf kumulatif bilangan individu, bilangan spesies, dan juga biojisim menunjukkan peningkatan sepanjang pensampelan. Ini menunjukkan kawasan paya air tawar tersebut mempunyai kumpulan fauna ikan yang lebih banyak dari segi bilangan individu dan spesies. Oleh itu, kajian ini dan aktiviti penduduk kampung tidak membawa kesan yang nyata terhadap fauna ikan kerana kumpulan ikan lain akan datang mendidiami kawasan tersebut selepas setiap penangkapan. Kesimpulannya, kumpulan fauna ikan di dalam paya air tawar Kampung Baharu, Kinarut boleh didapati secara berterusan dan mampu menjadi diet kepada populasi haiwan lain seperti buaya julung-julung (Tomistoma schlegelii)
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | fish fauna, Kampong Baharu Kinarut, biomass, freshwater swamp, Trichogaster pectoralis |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Mar 2014 16:09 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 13:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8407 |
Actions (login required)
View Item |