Migrasi dan kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Kudat, 1963-2003

Rodiah Odotong (2009) Migrasi dan kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Kudat, 1963-2003. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002026.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan sejarah Migrasi dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Cina di Kudat diantara tahun 1963 sehingga tahun 2003. Kajian ini dilakukan bagi memperincikan proses migrasi masyarakat Cina di Kudat seterusnya menghuraikan secara kreatif dan kritis tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat migrasi Cina tersebut. Umumnya, kumpulan migrasi Cina di Kudat ini terdiri daripada dua kelompok migrasi laitu migrasi dari Tanah Besar China dan sebahagian lagi berasal dari Filipina. Penempatan masyarakat Cina di Kudat telah membawa satu evolusi terhadap perkembangan dan pembanguanan kawasan tersebut melalui peningkatan ekonominya yang sekaligus membawa kepada pertambahan bilangan penduduk di daerah tersebut. Peranan dan sumbangan masyarakat ana ini semakin dominan terhadap penguasaan dalam sektor ekonomi terutamanya dalam aktiviti pemiagaan, pertanian, perikanan dan penternakan. Asimilasi sosio-budaya diantara masyarakat Cina dan penduduk tempatan juga turut berlaku bagi membentuk satu mekanisme sosial yang seimbang dan harmoni. Penulisan ini juga turut menyentuh tentang peranan pertubuhan Cina yang telah diwujudkan di Kudat sebagai inisiatif masyarakat tersebut dalam menjamin kehidupan dan kedudukan mereka sebagai kumpulan yang melakukan migrasi sehingga masyarakat migrasi Cina Ini dilihat sebagai penggerak utama kepada perkembangan ekonomi di Kudat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: chinese, migration, sosioeconomic, Kudat, sosio-culcural
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Mar 2014 13:01
Last Modified: 13 Oct 2017 09:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8520

Actions (login required)

View Item View Item