Elsie Anak John (2006) Pengukuran arus laut permukaan di Teluk Brunei, Sabah pada 22 - 23 Ogos 2006. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002050.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui arus air laut permukaan di Teluk Brunei, Sabah pada 22-23th Ogos 2006. Data arus diukur dengan menggunakan Aquadopp Profiler pada kedalaman 1m dan 6m dari permukaan air. Pada kedalaman 1 m, air permukaan banyak dipengaruhi oleh keadaan angin dan ombak. Pengaruh tersebut berkurangan pada kedalaman 6 m bergantung kepada keadaan cuaca. Keputusan kajian turut mengambil kira keadaan pasang surut semasa kajian dijalankan dan keadaan purata angin di Pulau Labuan. Keputusan mendapati bahawa kekuatan dan arah pergerakan arus bagi kedua-dua kedalaman adalah berbeza. Pada kedalaman 1 m, halaju arus adalah di antara 0.25-0.37 m/s. Manakala pada kedalaman 6 m halaju arus adalah diantara 0.14-0.38 m/s. Arus kuat didapati di Stesen 2, manakala arus adalah perlahan di Stesen 10. Kedua-dua stesen 2 dan 10 berada pada kedalaman 6 m. Berdasarkan arah arus pula, pada kedalaman 1m corak arah arus adalah berpusar sebelum keluar ke laut lepas. Kedalaman 6 m pula menunjukkan corak arah arus yang berselerak. Pengukuran arus yang lebih lama perlu dibuat agar dapat menggambarkan keadaan arus yang sebenar di kawasan kajian.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | measurement, sea water, surface Current pattern, Aquadopp Profiler |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Mar 2014 14:02 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 09:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8567 |
Actions (login required)
View Item |