Pembinaan model pengesan logam

Nur Fadzilah Basri (2007) Pembinaan model pengesan logam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002110.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membina satu litar pengesan logam yang menggunakan teknologi ayunan frekuensi rentak. Terdapat dua gegelung dalam litar pengesan ini iaitu gegelung pengesan dan gegelung rujukan yang merupakan komponen yang paling penting dalam litar ini. Pengesan logam ini berfungsi berdasarkan prinsip aruhan elektromagnet di mana apabila medan magnet yang dihasilkan oleh gegelung melalui sebarang logam, ia akan menghasilkan arus elektrik pada logam tersebut. Arus elektrik yang terhasil ini seterusnya menghasilkan medan magnetnya sendiri. Medan magnet ini akan berinterferens dengan medan magnet gegelung pada pengesan. Pengesan atau sensor mengesan arus elektrik yang bertentangan ini dan seteruanya menghantar isyarat amaran kepada pengawal pengesan logam melalui bunyi. Jarak berkesan bagi beberapa jenis logam iaitu ferum (besi), kuprum, aluminium (tin minuman) dan aloi (duit syiling) diukur menggunakan pengesan logam yang dibina. Besi mempunyai jarak berkesan yang paling tinggi iaitu (15.0±0.1) cm manakala kuprum mempunyai jarak berkesan yang paling rendah iaitu (3.0±0.1) cm.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oscillator, metal detector circuit, radio frequency, search loop, electromagnetic induction law
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2014 14:15
Last Modified: 13 Oct 2017 10:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8748

Actions (login required)

View Item View Item