Pemantauan perubahan jenis guna tanah bagi tahun 1997 dan 2006 terhadap landskap fizikal: Kajian kes sepanjang Jalan Sulaman

Mohd Hasrul Jakir (2008) Pemantauan perubahan jenis guna tanah bagi tahun 1997 dan 2006 terhadap landskap fizikal: Kajian kes sepanjang Jalan Sulaman. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002138.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

kajian ini akan membincangkan pemantauan perubahan guna tanah semasa dan cuba untuk melihat perubahan jenis guna tanah yang melibatkan tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, memperlihatkan kesan perubahan guna tanah kepada alam sekitar terutamanya dalam aspek landskap fizikal akibat kegiatan aktiviti manusia. Kawasan kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah sepanjang jalan Sulaman. Kaedah pengumpulan data yang dilakukan adalah melalui data primer yang melibatkan kajian lapangan/pemerhatian. Di samping itu, data sekunder turut digunakan oleh penyelidik iaitu melalui bahan-bahan perpustakaan. Bahan dari luar/ agensi luar, laman web atau rujukan internet dan penggunaan makmal. Kaedah analisis yang digunakan oleh penyelidik ialah menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) iaitu Arc GIS 9.2, bagi membuat analisis guna tanah. Penyelidik menyediakan peta untuk melihat guna tanah semasa serta perubahan guna tanah yang berlaku di sepanjang kawasan kajian. Begitu juga, penyelidik turun ke lapangan serta membuat pemerhatian bagi membuat penilaian tentang kesan perubahan guna tanah kepada landskap fizikal akibat aktiviti manusia. Hasil kajian ini telah mencapai objektifnya, dimana guna tanah mengalami perubahan yang besar dalam tempoh masa sepuluh tahun. Perubahan guna tanah juga membawa kesan kepada landskap fizikal di kawasan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: land use, modification, impact, Jalan Sulaman, Geography Information System, landscape
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2014 11:03
Last Modified: 13 Oct 2017 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8781

Actions (login required)

View Item View Item