Beban nitrat dan pepejal terampai dalam Sungai Inanam semasa aliran ribut

Clarence Insiong (2007) Beban nitrat dan pepejal terampai dalam Sungai Inanam semasa aliran ribut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002174.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar beban nitrat dan pepejal terampai semasa kejadian hidrograf aliran ribut. Kejadian hidrograf direkodkan dengan mengambil bacaan kenaikan aras air sungai mengikut selang masa 5 minit semasa kejadian hidrograf ribut dan sampel air bagi setiap ketinggian aras air sungai diambil untuk analisis kepekatan nitrat dan jumlah pepejal terampai. Luahan sungai ditentukan dengan mengaplikasi persamaan Manning kepada bacaan aras air. Untuk memahami perubahan beban nitrat dan pepejal terampai, tiga stesen dipilih mewakili kawasan sebelum pembangunan, kawasan membangun dan kawasan selepas pembangunan. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perubahan beban nitrat dan pepejal terampai di sepanjang Sungai Inanam iaitu tiga stesen terpilih mewakili kawasan sebelum pembangunan, kawasan pembangunan dan kawasan selepas pembangunan. Kaedah pembauran digunakan untuk menentukan luahan sungai semasa hidrograf bukan-ribut. Nilai luahan sungai semasa aliran ribut semakin meningkat dengan kenaikan aras air sungai. Tambahan pula, beban nitrat dan pepejal terampai juga turut meningkat. Analisis data menunjukkan stesen kedua yang berlokasi sejurus selepas aliran melalui kawasan pembangunan mencatatkan beban nitrat dan pepejal terampai yang tertinggi berbanding dengan stesen-stesen yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: rate of nitrate, suspended solid, storm hydro graph, Manning's equation, Dilution technique, river discharge
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Apr 2014 08:38
Last Modified: 13 Oct 2017 11:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8850

Actions (login required)

View Item View Item