Penyediaan dan kajian sifat elektrik dan optik filem nipis karbon

Muhammad Amirul Ariffuddin Zailani (2007) Penyediaan dan kajian sifat elektrik dan optik filem nipis karbon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002188.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Filem nipis karbon dimendapkan di atas substrat kaca oleh teknik penyejatan vakum pada jumlah sumber karbon yang berbeza. Serabut karbon digunakan sebagai sumber karbon, dengan 12 sampel terhasil di mana setiap satu daripadanya mempunyai julat ketebalan yang berbeza iaitu dari 32.261nm hingga 387.131nm. Sifat elektrik diperolehi dengan menggunakan Penduga Empat Titik yang digunakan untuk menentukan nilai kerintangan filem. Sampel yang terbaik ialah sampel A di mana nilai kerintangannya 3.378 x 10� ± 3.028 x 10�Ω .0 cm dan nilai kekonduksiannya 2.960 x 10�� ± 1.883 x 10��Ω�¹ 0-1 cm�¹. Sampel yang boleh menjadi sampel altematif selain sampel A ialah sampel B di mana nilai kerintangannya 1.204 x 107 ± 1.207 x 10� Ωcm dan nilai kekonduksiannya 8.305 x 10��± 5.508 x 10��Ω�¹cm�¹. Tambahan pula, perbezaan antara kedua - dua sampel ini ialah 47%. Hasil daripada ujikaji tersebut didapati bahawa kerintangan adalah berkadar terns dengan ketebalan filem nipis. Sifat optik ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer UV - VIS. Peratus transmisi berkadar songsang dengan ketebalan filem nipis dengan sampel A iaitu sampel yang paling nipis mempunyai peratusan transmisi yang paling tinggi iaitu 69.872 pada panjang gelombang 800nm dan 57.738 pada panjang gelombang 400nm. Peratus transmisi diperolehi daripada ujikaji ini dan membuktikan sampel A boleh menyerap hanya sedikit sinaran cahaya berikutan ketebalannya yang nipis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: vacuum evaporation technique, glass substrates, spectrophotometer UV - VIS, carbon thin film
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Apr 2014 14:06
Last Modified: 13 Oct 2017 11:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8864

Actions (login required)

View Item View Item