Kajian aktiviti antimikrob ekstrak kulit kayu dan daun muda Alphitonia excelsa ke atas Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Candida albicans

Fariza Juliana Nordin (2007) Kajian aktiviti antimikrob ekstrak kulit kayu dan daun muda Alphitonia excelsa ke atas Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Candida albicans. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002221.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menguji aktiviti antimikrob ekstrak kulit kayu dan daun muda Alphitonia excelsa terhadap bakteria Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Candida albicans. Ekstrak kulit kayu dan daun muda Alphitonia excelsa diperolehi menggunakan kaedah pengekstrakan Soxhlet dengan metanol sebagai pelarut. Alat Rotavapour digunakan untuk menyingkirkan pelarut metanol daripada ekstrak dan kemudiannya ekstrak disimpan di dalam desikator untuk pemeruapan methanol yang selebihnya. Ekstrak dihasilkan pada kepekatan 100 mg/ml, 200 mg/ml, 300 mg/ml, 400 mg/ml, dan 500 mg/ml. Setiap ekstrak diuji ke atas mikroorganisma dengan tiga replikat. Diameter zon perencatan diukur dan dipuratakan. Perbandingan aktiviti antimikrob setiap jenis ekstrak dan kesensitifan setiap mikroorganisma terhadap sesuatu ekstrak dilakukan. Analisis regressi dibuat untuk menentukan nilai MIC bagi ekstrak kulit kayu dan ekstrak daun muda Alphitonia excelsa. Analisis Kruskal-Wallis dilakukan untuk menguji perbezaan di antara saiz diameter zon perencatan terhadap mikroorganisma, jenis ekstrak dan kepekatan ekstrak. Keputusan menunjukkan Bacillus subtilis lebih sensitif berbanding mikroorganisma lain terhadap ekstrak daun muda Alphitonia excelsa manakala Staphylococcus aureus sensitif terhadap ekstrak kulit kayu. Kepekatan ekstrak yang lebih tinggi perlu digunakan untuk merencat pertumbuhan kulat Candida albicans. MIC bagi ekstrak kulit kayu adalah 5.06 mg/ml manakala MIC bagi ekstrak daun muda pula adalah 7.35 mg/ml. Analisis Kruskal-Wallis menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara saiz diameter zon perencatan dengan mikroorganisma (K-W χ² = 5.663, df = 2, p>0.05). Perhezaan yang signifikan juga tidak wujud di antara saiz diameter zon perencatan dengan jenis ekstrak (K-W X² = 2.652, df = 1, p>0.05). Perbezaan yang signifikan wujud antara saiz diameter zon perencatan dengan kepekatan ekstrak Alphitonia excelsa (K-W χ²= 16.300, df= 4, p<0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antimicrobial activities, bark, young leaves extract, Soxhlet extraction method, Rotavapour apparatus, inhibition zone
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 May 2014 13:58
Last Modified: 13 Oct 2017 11:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8921

Actions (login required)

View Item View Item