Reka letak dalam aplikasi billboard di Sabah

Sharul Azim Sharudin@ Sharaddin (2011) Reka letak dalam aplikasi billboard di Sabah. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000331.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tesis ini mengupas mengenai aplikasi taipografi dan reka letak di dalam papan iklan percetakan ''billboard'' sedia ada yang bertemakan pelancongan di sekitar bandaraya negeri Sabah khususnya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Persoalan yang dibincangkan terbahagi kepada tiga iaitu adakah penggunaan taipografi di dalam periklanan pelancongan menepati tema?, apakah penyusunan dan reka letak taipografi yang digunakan menepati konsep formalistik? dan adakah penghasilan papan periklanan menepati mesej pelancongan? Untuk mendapatkan hasil dalam kajian ini, penyelidik menggunakan mix-method iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan responden seramai 150 orang yang berada di sekitar Bandaraya Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau untuk menjawab borang soal selidik yang telah dibuat. Responden seterusnya dipecahkan kepada dua golongan iaitu golongan profesional dan pelancong atau orang awam. Tujuan borang soal selidik dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan penilaian dan pendapat responden terhadap papan iklan percetakan yang bertemakan pelancongan yang sedia ada. Analisis konten digunakan untuk menilai beberapa papan iklan percetakan yang sedia ada dengan berpandukan teori-teori taipografi, reka letak dan periklanan. Skor dibuat bagi menilai tahap pencapaian taipografi, reka letak dan keberkesanan mesej yang ada pada papan iklan percetakan. Dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini melalui persoalan yang dikupas adalah penggunaan taipografi di dalam periklanan pelancongan di Kota Kinabalu Sabah kebanyakannya tidak menepati tema, penyusunan dan reka letak taipografi yang digunakan tidak menepati konsep formalistik dan penghasilan papan periklanan tidak menepati mesej pelancongan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: tourism billboard, layout application, typography, advertisement
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 May 2014 13:43
Last Modified: 26 Oct 2017 10:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8954

Actions (login required)

View Item View Item