Sundait kadazandusun: Dokumentasi dan analisis

Janatan Binbang @ Janathan Kandok (2011) Sundait kadazandusun: Dokumentasi dan analisis. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ph000000022.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Subjek penyelidikan ini ialah sundalt (teka-teki) orang Kadazandusun. Tahap-tahap penting penyelidikan ini ialah merakam, mentranskrip, membuat pengkelasan dan menganalisis sundalt untuk mengesan unsur kepercayaan, kepekaan, pengajaran dan pandangan dunia orang Kadazandusun. Melalui kerja lapangan, pengkaji telah merakam lima ratus tiga puluh enam buah sundait dan maklumat kegiatan "bersundait" daripada informan pelbagai keturunan Kadazandusun di beberapa lokasi terpilih di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah. Hasil kerja lapangan telah ditranskrip ke dalam dua bentuk teks verbatim (teks verbatim sundalt dan teks temu bual sundaif) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta disusun mengikut lokasi tempat kajian. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini memberikan empat sumbangan penting. Pertama, lima ratus tiga puluh enam buah sundait telah dirakam dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bagi bacaan generasi akan datang. Kedua, pengkelasan sundait kepada beberapa subgenre merupakan input yang signifikan bagi melestarikan khazanah rakyat ini. Ketiga, konteks dan fungsi "bersundait" yang dilaporkan membolehkan seseorang memahami konteks berteka-teki yang tepat dalam budaya orang Kadazandusun. Keempat, analisis yang dibuat atas unsur kepercayaan, kepekaan, pengajaran dan pandangan dunia dalam sundait orang Kadazandusun membolehkan pembaca memahami konsepsi orang Kadazandusun terhadap alam ghaib dan kepercayaan, alam nyata, tumbuh-tumbuhan, binatang dan diri manusia.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Keyword: Kadazandusun, sundait, cultural life, society, verbatim text
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 May 2014 15:31
Last Modified: 26 Oct 2017 10:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8984

Actions (login required)

View Item View Item