Kesan kadar kapur ke atas tumbesaran dan penghasilan tanaman cili (Capsicum annum L.)

Intan Shafinas Samsuri (2007) Kesan kadar kapur ke atas tumbesaran dan penghasilan tanaman cili (Capsicum annum L.). University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002244.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah untuk mengkaji kesan kadar penaburan kapur yang berbeza terhadap tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman cili (Capsicum annum var. Kulai). Bahan kapur yang digunakan adalah GML (Ground Magnesium Limestone) pada lima kadar iaitu 0.0, 2.5 , 5.0, 7.5 dan 10.0 t/ha. Baja permulaan iaitu baja organic (tahi ayam) dibelikan pada semua plot ujikaji pada awal penanaman dan baja N:P:K 12:12:17:2 (NPK biru) pula sebagai baja asas dibeIikan pada semua plot ujikaji pada minggu kedua, kelima dan kelapan selepas penanaman sebanyak 300 kg/ha pada setiap aplikasi. Jangkamasa kajian adalah selama 70 hari. Cerapan dilakukan pada setiap kali penuaian dilakukan iaitu pada hali ke 60-70 selepas penanaman. Penilaian tumbesaran tanaman cili berdasarkan berat basah dan berat kering pokok. Manakala penilaian hasil dan kualiti buah cili dilakukan berdasarkan bilangan buah, berat buah dan panjang buah cili. Hasil cili segar yang diperolehi adalah sebanyak 4.9 t/ha bagi tanaman yang dibelikan kapur sebanyak 10.0 kg/ha. Pemberian kadar kapur yang meningkat, mempengaruhi dalam tumbesaran pokok dan akar. Pengeluaran buah cili meningkat dengan penaburan kadar kapur yang meningkat sehingga 10.0 tan/ha. Peningkatan kadar kapur memberikan kesan yang baik kepada proses-proses tumbesaran pokok juga mempercepatkan penghasilan buah cili. Keputusan menunjukkan bahawa kadar kapur yang sesuai bagi penanaman cili adalah sebanyak 10.0 tan kapur/ha.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: chilli, organic fertilizer, growth, production of fruit
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 May 2014 08:53
Last Modified: 13 Oct 2017 12:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9042

Actions (login required)

View Item View Item