Kajian penyebab penyakit reput pangkal atas (USR) pokok kelapa sawit dan kajian insiden penyakit reput pangkal atas (USR) dan penyakit reput pangkal batang (BSR) di ladang kelapa sawit, Langkon, Kota Marudu, Sabah

Mohd Nawawi Ahmad (2007) Kajian penyebab penyakit reput pangkal atas (USR) pokok kelapa sawit dan kajian insiden penyakit reput pangkal atas (USR) dan penyakit reput pangkal batang (BSR) di ladang kelapa sawit, Langkon, Kota Marudu, Sabah. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002248.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan di ladang kelapa sawit Langkon, Kota Marudu adalah berkenaan dengan penyebab kepada penyakit reput pangkal atas (USR) pada pokok kelapa sawit dan kajian insiden penyakit reput pangkal atas (USR) dan penyakit reput pangkal batang (BSR). Untuk: kajian penyebab penyakit reput pangkal atas, 20 pokok yang menunjukkan simptom USR telah dipilih dan inokulum blok getah digunakan untuk melihat kehadiran jasad berbuah Ganoderma. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan oleh kulat Ganodenna boninense. Hasil kajian mendapati bahawa, sebanyak 13 sampel pokok adalah positif Ganoderma selepas pemencilan kulat daripada GSM. lni berdasarkan kepada kehadiran 'clamp connection' pada miselia putih seakan kapas yang tmnbuh di dalam media PDA selepas pensubkulturan dari media GSM dilakukan. Selain itu, terdapat kehadiran struktur putih seperti 'cuping' pada blok getah dan struktur ini berkembang membentuk jasad berbuah Ganoderma. Jasad berbuah ini berwarna perang gelap pada permukaan atasnya dan berwarna putih pada permukaan sisi dan bawahnya. Kajian seterusnya adalah berkenaan dengan kadar insiden penyakit USR dan BSR di ladang kelapa sawit. Seperti yang diketahui, penyakit BSR adalah disebabkan oleh kulat Ganoderma boninense. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sarna ada penyakit USR atau BSR yang banyak menyerang pada pokok kelapa sawit di ladang BSSB, Langkon. Daripada borang pemantauan, sebanyak 300 pokok telah dipilih secara rawak daripada ladang. Hasil keputusan menunjukkan bahawa, sebanyak 240 dirian pokok adalah berpenyakit BSR manakala sebanyak 55 pokok adalah berpenyakit USR. Daripada data menunjukkan bahawa,penyakit BSR adalah lebih banyak menyerang berbanding serangan penyakit USR di ladang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Upper Stem Rot disease (USR), oil palm estate, Basal Stem Rot disease (BSR), rubber wood block (RWB), Ganoderma boninense
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 May 2014 08:50
Last Modified: 13 Oct 2017 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9046

Actions (login required)

View Item View Item