Satu analisis evolusi politik antarabangsa selepas berakhirnya era Bipolar: Tindakan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan dan Iraq pasca 11 September 2001

Umi Kasmiahwati Mohd. Zaini@Jaini (2010) Satu analisis evolusi politik antarabangsa selepas berakhirnya era Bipolar: Tindakan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan dan Iraq pasca 11 September 2001. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000355.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tindakan unilateral Amerika Syarikat terhadap Afghanistan pada Oktober 2001 dan Iraq pada Mac 2003 pasca 11 September 2001 yang dipengaruhi oleh perubahan struktur antarabangsa selepas berakhirnya era Bipolar. Berlakunya Peristiwa 11 September 2001 telah menjadikan dasar luar Amerika Syarikat bersikap agresif terhadap negara-negara lain. Neo Realism/ Structural Realism merupakan teori yang digunakan dalam kajian ini bagi membincangkan perubahan struktur antarabangsa selepas era Perang Dingin. Teori ini mampu menjelaskan hubungan faktor sistemik dengan tindakan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan dan Iraq dalam sistem antarabangsa. Berakhirnya era Perang Dingin telah membawa kepada proses perubahan struktur antarabangsa kepada satu struktur baru. Ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet (Rusia) dalam dekad pertama selepas berakhirnya era Perang Dingin telah mendorong Amerika Syarikat mencari ancaman baru dalam misi membentuk semula keadaan struktur antarabangsa selepas berakhirnya era Bipolar. Peristiwa 11 September melalui Doktrin Bush dan misi Global War On Terror (GWOT) telah dijadikan instrumen politik dan ekonomi bagi mengekalkan kuasa Amerika Syarikat di peringkat sistem selepas era Perang Dingin khususnya di negara-negara rantau Timur Tengah. Ini telah memberi peluang kepada Amerika Syarikat mencipta sebuah struktur baru untuk mengimbangi kuasanya dalam sistem antarabangsa yang pada akhirnya telah membentuk satu proses perubahan struktur yang akan membahagikan dunia kepada dua blok yang berbeza iaitu blok Barat dan Islam seperti semasa era Perang Dingin.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Bipolarity period, United States, Iraq, Afghanistan, 11 September 2001, Neo-Realism/Structural Realism, Global War on Terror (GWOT)
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General)
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jun 2014 12:21
Last Modified: 27 Oct 2017 17:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9114

Actions (login required)

View Item View Item