Perbandingan tahap pencemaran bakteria koliform dan E.coli dalam sampel makanan premis gerai dan restoran di kawasan Penampang dan Putatan

Andresia A. Lojingau (2010) Perbandingan tahap pencemaran bakteria koliform dan E.coli dalam sampel makanan premis gerai dan restoran di kawasan Penampang dan Putatan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000367.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk menentukan tahap pencemaran bakteria koliform dan Ecoli dalam sampel makanan premis restoran dan gerai di kawasan Penampang dan Putatan. sebanyak sepuluh sampel makanan telah diambil daripada sepuluh buah gerai yang terletak di kawasan lapang Tamu Putatan, Pasar Malam Taman Jumbo, Petagas dan kawasan lapang Bandar Donggongon manakala sepuluh sampel makanan diambil daripada sepuluh buah restoran yang beroperasi 24 jam di kawasan Penampang dan Putatan. Jumlah keseluruhan sampel yang diambil adalah sebanyak 20 sam pel. Kesemua sampel yang diambil dimasukkan ke dalam 'whirl pac' dan seterusnya dimasukkan ke dalam bekas ais pada suhu 4°C. Sampel makanan diuji menggunakan kaedah analisis 'Pour Plate'. Hasil analisis mendapati 60% daripada sepuluh sam pel makanan yang diambil dari premis gerai menunjukkan kehadiran bakteria koliform dan 20% daripada sampel-sampel tersebut didapati menunjukkan kehadiran Ecoli. Bagi sampel makanan yang diambil daripada premis restoran, 20% daripada sepuluh sampel yang diambil mengandungi bakteria koliform dan 10% daripada sepuluh sampel yang diambil menunjukkan kehadiran Ecoli. Hasil analisis keseluruhan mendapati kontaminasi bakteria koliform dan Ecoli pada sampel makanan premis gerai adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding sampel makanan premis restoran. Dalam sampel makanan yang diambil daripada premis restoran, 20% daripada sepuluh sampel tidak mematuhi Akta Makanan 1983 manakala pada sampel makanan premis gerai, 40% daripada sepuluh sam pel tidak mematuhi Akta Makanan 1983. secara keseluruhanya, tahap pencemaran koliform dan Ecoli dalam sampel makanan daripada premis restoran adalah pada tahap yang memuaskan seperti yang dinilai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Bahagian Kesihatan, Majlis Daerah Penampang dan Pejabat Kesihatan Penampang) manakala tahap pencemaran koliform dan Ecoli dalam sampel makanan daripada premis gerai adalah pada tahap yang kurang memuaskan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: contamination level, Coliform, E.coli bacteria, food sample, pollution
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jun 2014 11:53
Last Modified: 30 Oct 2017 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9174

Actions (login required)

View Item View Item