Persepsi guru-guru novis sekolah menengah di daerah Papar terhadap profesionalisme keguruan

Abdul Wahab Amp. Hamzah (2006) Persepsi guru-guru novis sekolah menengah di daerah Papar terhadap profesionalisme keguruan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000415.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana hubungan di antara persepsi guru novis sekolah menengah terhadap prestasi kerja, perubahan tingkah laku, perubahan sikap dan personaliti. Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti perkaitan persepsi guru novis berasaskan ciri-ciri demografi ke atas empat dimensi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang responden guru novis dari tujuh buah sekolah menengah di daerah Papar, Sabah. Strategi persampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Ujian-ujian untuk penganalisaan dataialah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, Ujian - t dan ANOVA satu hala. Bagi semua ujian statistik di atas, darjah signifikan adalah ditetapkan pada aras keertian p < 0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi mempunyai kaitan rapat dengan persepsi guru novis terhadap profesionalisme keguruan mereka. Kesimpulan kajian ialah hipotesis nul gagal ditolak, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru novis terhadap profesionalisme keguruan berasaskan ciri demografi, iaitu umur, jantina, kelulusan akademik dan kelulusan ikhtisas.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: secondary school, novice teacher, teaching professionalism, ANOVA, perception
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Jul 2014 11:46
Last Modified: 30 Oct 2017 10:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9275

Actions (login required)

View Item View Item