Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah di kawasan Mostyn, Kunak, Sabah

Tan, Kian Wei (2007) Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah di kawasan Mostyn, Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000258.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan Mostyn, Kunak, Sabah. Keluasan kawasan kajian adalah kira-kira 100 km2 iaitu dibatasi dari longitud 118°07'T hingga 118°13'T dan dari latitud 04°35'U hingga 04°42'U. Kajian seperti geologi sejarah dan stratigrafi kawasan kunak, serta sifat geologi kejuruteraan tanah seperti pemadatan tanah, kekuatan ricih dan kebolehtelapan tanah telah dijalankan. Kawasan kajian terdiri daripada 4 jenis jujukan litologi yang berbeza, iaitu basalt yang berusia Pliosen, Fonnasi Kuamut yang berusia Miosen, Fonnasi Chert-Spilite yang berusia Paleosen dan besmen berhablur yang berusia Mesozoik. 5 sampel tanah diambil di kawasan kajian yang berbeza iaitu 3 sampel (81, 83, 84) dari ladang yang batuan induknya basalt dan 2 sampel (82, S5) dari kuari yang batuan induknya ultrabes. Analisis makmal dijalankan mengikut piawai British. Didapati bahawa semua sampel bersifat asid dan kandungan BOT tanah adalah melebihi 5.90%. Tanah S1, S2 dan S3 dikelaskan sebagai lempung, S4 lempung berlodak dan S5 lodak berpasir lempung. Sifat fiziko-kimia dan kejuruteraan dipengaruhi oleh jenis mineral yang terkandung dalam tanah. Ujian had-had atterberg menunjukkan sampel tanah adalah berkeplastikan tinggi hingga amat tinggi. Tanah ultrabes yang mengandungi smektit yang boleh mengembang dan tanah basalt mengandungi kaolinit yang tidak mengembang. Spesifik graviti tanah berada dalam jutat 2.09-2.45 g/cm3. Ujian pemadatan menunjukkan bahawa ketumpatan kering maksima 1.07-1.40 Mg/m3 Kekuatan ricih maksima semua sampel tanah sangat rendah iaitu berada dalam julat 0.17-0.41 kN/m2. Kebolehtelapan semua sampel tanah adalah tidak telap iaitu berada pada nilai lx10-10 m/s ke bawah. Kekuatan ricih maksima dan kebolehtelapan yang lemah adalah disebabkan kandungan mineral Jempung yang banyak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Engineering properties, Mostyn, Kunak, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Nov 2011 10:58
Last Modified: 12 Oct 2017 15:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/932

Actions (login required)

View Item View Item