Perbandingan seni kaligrafi Arab: kajian di masjid-masjid di Sabah

Saini Ag. Damit and Bambang Muhamad Rafadi Yusoff and Noorafini Kassim and Nor Ain Manap (2020) Perbandingan seni kaligrafi Arab: kajian di masjid-masjid di Sabah.

[img] Text
Perbandingan seni kaligrafi Arab.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Perbandingan seni kaligrafi Arab1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (390kB)

Abstract

Seni kaligrafi Arab merupakan warisan khazanah Islam yang sangat berharga dan bernilai. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam. Seni kaligrafi juga dikenali sebagai seni khat. Mengikut perspektif masyarakat Islam, khat ialah tulisan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan jenis-jenis kaligrafi Arab di masjid-masjid utama dan terpilih di seluruh Sabah yang menampakkan keindahan seni kaligrafi Arab yang menarik dari segi jenis dan bentuk yang berbeza. Sebanyak 50 buah masjid di seluruh Sabah menjadi tempat kajian ini iaitu Bahagian Pantai Barat Sabah, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, dan Bahagian Pedalaman. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk pemerhatian dan penilaian foto visual yang dirakam di lapangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan jenis-jenis khat yang terdapat di masjid-masjid di Sabah. Dapatan kajian menunjukkan Khat Thuluth menguasai hampir keseluruhan masjid di Sabah iaitu (86%), Khat Dīwānī/ Dīwānī Jalī (8%), Khat Nasakh dan Khat Kûfī masing-masing (4%). Manakala jenis-jenis khat yang lain hanya sebagai tambahan sahaja. Selain itu, terdapat juga khat tambahan seperti khat Riq’ah/Ruq’ah dan Khat Fārisī. Hasil Kajian ini dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat Islam di Sabah tentang jenis-jenis kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di Sabah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Seni, Kaligrafi, Arab, Perbandingan, Sabah
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration
N Fine Arts > NX Arts in general
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 09:32
Last Modified: 22 Jun 2021 09:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9403

Actions (login required)

View Item View Item