Taburan dan kepelbagaian serangga dalam hutan paya bakau di Taman Negara Kuching Wetlands, Sarawak

Het Kaliang (2008) Taburan dan kepelbagaian serangga dalam hutan paya bakau di Taman Negara Kuching Wetlands, Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000450.pdf

Download (14MB) | Preview
[img] Text
Taburan Dan Kepelbagaian Serangga Dalam Hutan Paya Bakau Di Taman Negara Kuching Wetlands, Sarawak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian kepelbagaian dan kelimpahan serangga ini merupakan yang pertama kali dijalankan dalam kawasan hutan paya bakau khususnya di taman negara Kuching Wetlands. Dengan keluasan 6,160 ha, taman negara ini merupakan salah satu daripada kumpulan hutan bakau yang mempunyai keluasan yang agak besar di Sarawak dan terletak berdekatan dengan bandaraya Kuching. Pensampelan serangga telah dijalankan di tiga lokasi yang telah dipilih iaitu Sungai Radah, Sungai Jebong dan Sungai Landin. Sebanyak 24 siri pensampelan berterusan selama 6 bulan telahpun dijalankan dengan menggunakan perangkap cahaya ultra lembayung dan perangkap Malaise. Sebanyak 1,229 individu serangga yang merangkumi 209 spesies dalam 199 genera telah diperolehi. Daripada jumlah tersebut sebanyak 71 famili serangga telah dikenalpasti daripada 11 order utama yang merangkumi Blattodea, Coleoptera, Dermaptera, Diptera, Hemiptera, Homoptera, Hymenoptera, Lepidoptera, Mantodea, Neuroptera dan Orthoptera. Daripada 11 order utama tersebut, Coleoptera mencatatkan jumlah individu terkumpul yang paling tinggi dengan 543 individu (44.18%) diikuti oleh order Lepidoptera sebanyak 268 individu (21.81%), Hemiptera dan Homoptera masing-masing dengan 150 individu (12.21%) dan 138 individu (11.23%). Order Hymenoptera mencatatkan jumlah terkumpul 86 individu (7%) dan dua order Diptera dan Orthoptera masing-masing dengan 19 individu (1.55%) dan 13 individu (1.40%). Empat order: Mantodea, Blattodea, Dermaptera dan Neuroptera masing-masing mencatatkan peratusan hasil terkumpul kurang daripada 1.00%. Berdasarkan kiraan Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener, secara umum order Coleoptera menunjukkan indeks kepelbagaian (H'=1.72) dan indeks kesamarataan (E'=0.27) yang tinggi dengan diikuti oleh order Lepidoptera (H'= 1.23 dan E' = 0.22). Kaedah pensampelan yang digunakan menunjukkan variasi yang sangat ketara apabila perangkap cahaya menunjukkan keberhasilan pensampelan yang tinggi berbanding perangkap Malaise, dan kedua-dua perangkap tersebut saling diperlukan untuk setiap pensampelan. Secara keseluruhan, taburan serangga agak meluas di taman negara ini dan tidak dipengaruhi oleh faktor lokaliti. Ini jelas diperhatikan daripada hasil akhir kajian ini yang mana populasi serangga (56%) dalam kawasan hutan paya bakau di taman negara ini mempamerkan kelimpahan pada satu lokaliti sahaja. Sedemikian segelintir serangga mempamerkan taburan spesies yang meluas.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: mangrove forest, insect's diversity, Kuching Wetlands National Park, abundance
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Aug 2014 10:06
Last Modified: 14 Dec 2020 15:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9429

Actions (login required)

View Item View Item