Kajian fizikal dan optikal enamel gigi manusia dewasa

Afishah Alias (2008) Kajian fizikal dan optikal enamel gigi manusia dewasa. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000475.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, cirian fizikal dan kristalografi enamel gigi manusia dewasa telah dikaji dengan menggunakan Difraktometer Sinar-X (XRD), Spektrometer Inframerah Penjelmaan Fourier (FTIR), Raman Spektrometer, dan Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui cirian fizikal dan kristalografi enamel gigi manusia dewasa daripada 3 kategori enamel gigi iaitu enamel gigi normal, enamel gigi rosak dan enamel gigi rosak teruk. Daripada 3 kategori ini, cirian fizikal dan kristalografl antara ketiga-tiga kategori enamel gigi ini telah dapat dibezakan. Daripada analisls yang didapati, dianggapkan bahawa kesemua enamel gigi manusia menunjukkan struktur hablur heksagonal. Nilal Ml iaitu figure of merit yang didapati daripada analisis menggunakan perisian komputer CRYS 9.11 pula menunjukkan enamel gigi normal mempunyal cirian yang hampir sama dengan sel malar yang dipilih daripada penyelidik terdahulu (Young &. Mackie,1980). Nilai M1 iaitu figure of merit telah dapat membezakan antara enamel gigi normal, enamel gigi rosak dan enamel gigi rosak teruk. Berdasarkan keputusan yang didapati daripada difraktometer sinar-x, dan dengan hanya mempertimbangkan faktor kategori sampel enamel gigi berkenaan, didapati bahawa enamel yang normal mempunyai nilai jarak-d dan purata nilai FWHM yang paling kecil serta nilal saiz kristalit yang paling besar jika dibandingkan dengan enamel gigi rosak dan yang rosak teruk. Walaupun berbeza nilai jarak-d antara kategori enamel gigi tersebut, namun enamel tersebut masih mempunyai kumpulan ruang yang sama laitu P63/m dan sistem hablur heksagonal. Keputusan menunjukkan enamel gigi normal mempunyai kedudukan komponen atom yang lebih rapat, mempunyai ciri kristalin yang lebih baik dan lebih keras berbanding enamel gigi rosak dan yang rosak teruk. Keputusan yang didapati daripada FTIR pula menunjukkan bahawa spektra FTIR boleh dijadikan sebagai kayu pengukur pada enamel gigi yang sedang mengalami proses demineralisasi (perubahan karies) kerana spektra FTIR menunjukkan enamel gigi yang normal mempunyai nilai jalur gelombang PO₄³� yang lebih rendah jika dibandingkan dengan enamel rosak dan enamel yang rosak teruk. Spektra FTIR juga menunjukkan enamel gigi normal mempunyai kandungan C03 yang lebih tinggi. Spektra sampel enamel gigi yang didapati daripada FT-Raman CO₃²� spektrometer pula telah mengesahkan kehadiran PO₄³� dan CO₃ dalam enamel gigi. Daripada kajian morfologi yang telah dijalankan, dapat dilihat bahawa enamel gigi normnal mempunyai morfologi yang lebih sekata dan seragam.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: adult human teeth enamel, crystallographic, FTIR spectra
Subjects: R Medicine > RK Dentistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Oct 2014 10:57
Last Modified: 30 Oct 2017 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9607

Actions (login required)

View Item View Item