Geologi am dan geokimia tanah kawasan Balung, Tawau

Masrina Mokhtar (2007) Geologi am dan geokimia tanah kawasan Balung, Tawau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000255.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan Balung iaitu di utara Daerah Tawau yang berada pada latitud 4° 21' U hingga 4° 26' U dan longitud 118° 4' T hingga 118° 9' T. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Balung dan batuan volkanik basalt, dasit dan andesit. Formasi Kalumpang pada kawasan kajian ditindih oleh Formasi Balung yang lebih muda. Terdapat juga batuan mikrodiorit porfiri yang terletak di barat kawasan kajian. Lebih kurang 48 sampel tanah diambil untuk analisis logam-logam herat seperti Cr, Cu, Pb dan Zn dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Kepekatan logam berat yang paling tinggi di kawasan kajian adalah logam Cr dengan kepekatan 93.4 bpj. Kepekatan logam Zn yang tertinggi di kawasan kajian ialah 49.05 bpj. Manakala kepekatan tertinggi logam Pb dan Cu masing-masing sebanyak 45.74 bpj dan 40.92 bpj. Kepekatan logam tertinggi bagi profil tanah kawasan Pang Burong adalah unsur Cu dengan nilai 45.14 bpj pada zon B. Bagi profil tanah kawasan Bukit Kawa, unsur logam dengan kepekatan yang tertinggi adalah logam Zn dengan nilai 25.45 bpj. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa kepekatan logam berat tertinggi adalah pada sampel tanah volkanik yang mana ianya dikawal oleh nilai pH yang rendah, kandungan bahan organik (%BOT) yang tinggi dan peratus lempung yang tinggi. Nilai Cr yang melebihi paras normal dalam tanah volkanik adalah disebabkan oleh kesan aktiviti perladangan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Balung area, Geochemical soil, Tawau, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Nov 2011 14:23
Last Modified: 12 Oct 2017 15:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/965

Actions (login required)

View Item View Item